,
Sukan

Suresh Raih Emas di Kejohanan Memanah Para Dunia

Kamaruddin Razal
10/06/2019
12:24 MYT
Pemanah recurve negara, S.Suresh membanggakan Malaysia apabila menjuarai acara recurve lelaki terbuka dalam Kejohanan Memanah Para Dunia 2019, di Hertogenbosch, Belanda.
Pemanah berusia 25 tahun itu memperoleh pingat emas selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 pada final yang berlangsung hari ini, menurut laman sesawang https://worldachery.org.
Beliau sebelum ini menewaskan Bato Tsydendorzhiev dari Rusia, 7-3 di peringkat separuh akhir.
Terdahulu, Bato mengalahkan penyandang juara Zhao Lixue di peringkat suku akhir, yang kemudiannya menduduki tempat ketiga selepas menang ketika menentang pemanah Iran, Pouriya Jalalipour 6-0 bagi menentukan pingat gangsa.
Dengan kemenangan ini, Suresh mengesahkan tempatnya ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Atlet terakhir Malaysia memenangi pingat dalam kejohanan dunia itu, ialah Allahyarham Salam Sidek yang membawa pulang pingat gangsa dalam edisi 2011.
Jurulatih Memanah Para Kebangsaan, Marzuki Zakaria berkata Suresh berhak ke atas gelaran dunia itu berdasarkan tumpuan dan kerja kerasnya sepanjang kejohanan itu.
"Kami di sini sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana sasaran kami tercapai, di mana Suresh layak ke Paralimpik. Kejayaan menang emas ini adalah bonus bagi kami.
Suresh telah melakukan yang terbaik, saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkannya hari ini. Beliau dilihat begitu tenang, beri 120 peratus tumpuan dan tidak gentar...pada saya dia memang berhak dan layak menjadi juara dunia," katanya ketika dihubungi di Belanda.
Untuk rekod, Suresh memenangi pingat perak acara recurve lelaki di Kejohanan Memanah Ranking Dunia Fazza di Dubai, bulan lepas.
Sumber: BERNAMA Kredit foto: Media Selangor
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.