,
Laman Utama

Supermodel Amy Nur Tinie Sudah Berhijab?

Amri Hassan
20/09/2023
01:55 MYT
Supermodel terkenal yang juga pelakon dan pengacara, Amy Nur Tinie baru-baru ini hadir ke acara pelancaran produk madu Madduna dengan bertudung litup.
Penampilan itu mencetuskan tanda tanya sama ada bekas Miss Eco International 2019 itu sebenarnya sudah berhijab.
BACA: Hariz Hamdan Layan Amy Nur Tinie Macam Kekasih - "Kalau Tersuka Saya, Pandai-Pandailah Kawal ..."
BACA: "Jadi Pendiam Kata Tak Boleh Ajak Kawan, Jadi Peramah Pula, Attention Seeker," - Amy Nur Tinie Tak Sombong Lah
Mengulas mengenai penampilannya ketika itu, Tinie, 27, memberitahu dia menyesuaikan penampilannya mengikut acara yang dihadiri.
"Bergantung pada client sebenarnya, sebab kadang-kadang mereka yang minta untuk saya berhijab.
"Baru-baru ini saya ada hadiri acara pelancaran anak tudung, jadi saya perlulah menghormati majlis dengan bertudung.
"Tapi siapalah tahu sampai suatu hari nanti terbuka hati untuk saya berhijab, sampai hidayah... Insya-Allah doakan yang baik-baik," katanya kepada Gempak.
Tinie ditemui pada majlis pelancaran produk madu berkhasiat dari Mesir jenama Madduna di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Madu dari Mesir

Sementara itu, pengasas produk Madduna Jadwa Abu Bakar optimis dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan muda menggemari madu.
Menariknya tentang Madduna, produk itu dihadirkan dalam tiga perisa iaitu madu asli, sitrus dan habatssauda serta diterbangkan dari Mesir.
"Saya memang mengamalkan minum madu sejak kecil lagi dan tabiat itu diturunkan kepada anak-anak saya. Malah, Madduna merupakan antara madu terbaik dari Mesir.
"Kami sendiri pergi melawat kilang di Mesir selepas berpuas hati dengan kualiti dan sumber madu serta operasi syarikat yang mengeksport ke sebahagian besarnya ke pasaran antarabangsa membuatkan keyakinan saya begitu tinggi untuk membawa Madduna ke Malaysia," ujarnya.

Khasiat madu

Mengulas lanjut, Jadwa memberitahu, madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.
Kata beliau, antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
Selain itu menurutnya, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau, kemurungan dan sakit kepala kerana madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil pinocerin.

Peraduan selfie Madduna

"Sebagai permulaan, kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah.
"Dalam usaha untuk menembusi pasaran lebih luasdi seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram.
"Selain itu, lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang menerusi syarat peraduan yang ditetapkan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”

gempak
28/08/2024
21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.