,
Laman Utama

Super Sunday Lepas Geram, Muncul Dengan Koleksi Sunday Bois... Eh! Ada Kolaborasi Noh Salleh?

Amri Hassan
25/08/2022
13:48 MYT
Pertunjukan fesyen jenama ‘streetwear’ tempatan, Super Sunday, di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) seringkali dinantikan peminat fesyen negara terutama sekali pengikut tegarnya.
Ternyata tahun ini, Super Sunday bagai melepaskan geram dengan persembahan penuh dinamik koleksi yang dinamakan Sunday Bois.
Menampilkan gabungan fesyen, muzik dan budaya jalanan popular seperti ‘skateboarding’ dan grafiti, Super Sunday membuktikan bahawa ianya bukanlah jenama yang boleh dipandang ringan.
Amat gah dengan 30 persalinan yang hebat digayakan oleh 30 model tempatan termasuk Haniff Hamzah - personaliti radio terkenal dan vokalis kumpulan Hujan yang juga mewakili ‘rockstar’ generasi baru, Noh Salleh.

Kolaborasi Hikari Riders

Masih mengekalkan DNA rekaan yang amat sinonim dengan jenama tersebut, koleksi Sunday Bois dimantapkan lagi dengan variasi serta interpretasi ‘streetwear’ yang lebih premium dari pelbagai segi – daripada penggunaan material hinggalah kepada pembuatan serta penggayaan.
Kolaborasi bersama jenama gaya ranggi Noh Salleh iaitu Hikari Riders ternyata memberi impak amat besar. Selain itu, koleksi tersebut turut menyaksikan kerjasama Super Sunday bersama Daddyhood (jenama ‘Esport’), VANS Malaysia dan SSST or Super Sentimental Secret Theory (jenama pakaian berkonsepkan ‘tech wear’ dari Bandung Indonesia).
Kata pengasas serta pengarah kreatif Super Sunday, Zulkifli Salleh, itu merupakan persembahan terbesar dan terbaik setakat ini.
"Hasil pengalaman selama enam tahun terlibat di dalam acara ini kami gunakan sepenuhnya.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses melahirkan koleksi Sunday Bois terutamanya para kolaborator dan juga peminat setia Super Sunday atas semangat serta kepercayaan yang diberikan.
"Saya percaya bahawa Super Sunday telah berjaya memberikan suara lantang kepada genre ‘streetwear’ yang kadang kala dipandang remeh dan terbukti hari ini bahawa jenama ini lebih dari sekadar ‘hype’. Ianya serius bukan sahaja dari perspektif fesyen tetapi juga bisnes," katanya.
Tahun ini di KLFW 2022, pertunjukan koleksi Super Sunday dirancakkan lagi dengan persembahan berapi dari kumpulan hip hop negara yang sedang hangat mencipta nama iaitu City Bois.
Dikuasakan oleh ISUZU D-Max X-Terrain, acara tersebut turut dihadiri oleh nama-nama besar di bidang fesyen, muzik dan seni negara seperti Datuk Seri Bernard Chndran, Monoloque, Jiman Casablancas, Kuku Besi, Kim Samuel, Fritilldea, Ridduan TTFGA Ismail, Tisya Ong, Vivienna Q. Alfred, Nakalness dari kumpulan Forceparkbois, Bryan Chin - Sneakerlah, dan Hanis Ajar.
Ternyata Super Sunday tanpa ragu-ragu telah mencatat sejarahnya sendiri dalam arena fesyen Malaysia dan di rantau Asia.
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, lawati www.supersundaystore.com atau ikuti Super Sunday di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar