,
Laman Utama

Suntik Picagari Kosong, Khidmat Petugas Kesihatan Ditamatkan

Mya Amri
03/10/2021
01:20 MYT
Petugas kesihatan yang menyuntik picagari kosong ke atas remaja berusia 12 tahun dan tular rakaman videonya, diberhentikan daripada bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, penamatan perkhidmatan petugas terbabit dimaklumkan Healthcare Organisation (HCO) yang dilantik di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.
Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna.
Katanya, keselamatan dan kesejahteraan penerima vaksin menjadi keutamaan, manakala semua pengamal perubatan akan terus dipantau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Memahami kegusaran ibu bapa dan bagi mengelak keraguan dalam proses vaksinasi remaja, CITF-A akan membenarkan ibu, bapa atau penjaga menemani remaja mendapatkan vaksinasi sehingga ke stesen vaksinasi untuk melihat sendiri proses diberikan.
"Hanya seorang boleh menemani remaja di bawah jagaan masuk ke kawasan PPV di Stesen 1 (saringan suhu dan gejala), Stesen 2 (pendaftaran vaksinasi), Stesen 3 (kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi) serta Stesen 4 (pemberian vaksin) mulai hari ini.
"Selepas selesai proses vaksinasi, ibu atau bapa atau penjaga diminta menunggu di luar bagi memastikan kerusi disediakan di kawasan pemerhatian mencukupi untuk remaja divaksinasi duduk dan diawasi.
"Selepas tamat tempoh pemerhatian 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaga," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Dalam kejadian jam 3.16 petang Rabu lalu, petugas kesihatan berkenaan dilapor tersalah mengambil picagari kosong yang belum digunakan dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin. Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata, individu dewasa yang menemani dibenar merakam proses suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi.
"Seperti amalan SOP sebelum ini, petugas kesihatan (penyuntik) perlu menunjukkan picagari vaksin diisi dengan sempurna kepada penerima. "Semua petugas kesihatan dan sukarelawan terbabit diingatkan untuk menjalankan tugasan dengan penuh teliti dan bertanggungjawab.
"Kerajaan berterima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan yang menjadi tulang belakang kejayaan program vaksinasi kita selama ini.
"Kemajuan yang dicapai dalam masa singkat ini adalah hasil usaha anda semua, dan ini sememangnya amat dihargai semua pihak," katanya.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.