HIBURAN
Suntik Elemen Muzikal Marhaban, Farm Fresh Cipta Kelainan Menerusi Video Raya “Bawa Balik Yang 'Itu'”
Sempena sambutan perayaan Hari Raya, syarikat tenusu, Farm Fresh kembali lagi dengan video menarik menerusi video Raya terbaharu, “Bawa Balik yang 'Itu’”.
Bawa kumpulan Marhaban
Menariknya bagi tahun ini, Farm Fresh turut menampilkan elemen klasik kumpulan Marhaban dan mengolahnya menjadi sebuah persembahan muzikal bagi mewarnai lagi iklan raya ini.
Elemen ini menjadikan kisah ini berbeza daripada video Raya biasa, menambahkan sentuhan unik yang menyegarkan dan menghiburkan.
En Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Farm Fresh Berhad berkata, selain menyuntik elemen musikal marhaban, video ini juga mahu mengajak rakyat Malaysia untuk menghargai perkara yang benar-benar penting dalam hidup – kebersamaan dan keluarga.
“Di Farm Fresh, kami bukan sahaja menghasilkan susu yang berkualiti, tetapi juga ingin menyampaikan kepentingan nilai kejujuran, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan. Raya adalah masa untuk mengeratkan hubungan dan berkongsi detik-detik bermakna.
“Pada masa yang sama, video kali ini juga memang lain dari yang lain, dengan adanya elemen musikal marhaban yang klasik dan pelbagai kejutan. Jadi saya harap penonton semua akan suka!,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Video ini mengangkat kisah seorang anak muda yang berusaha mencari sesuatu yang diinginkan oleh ibunya untuk menyempurnakan suasana Raya mereka.
Namun, apakah ‘itu’ yang sebenarnya dimaksudkan? Kisah penuh tawa dan kejutan ini mengetengahkan kepentingan hubungan kekeluargaan dan momen istimewa yang hanya dapat dirasai bersama orang tersayang.
Sebagai sebahagian daripada video ini, Farm Fresh turut menampilkan variasi produk susu mereka, termasuk produk yang terbaharu, Farm Fresh Choco Malt dan produk klasik di waktu berpuasa, Farm Fresh Susu Kurma, yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga sepanjang musim perayaan ini.
Produk-produk ini mengekalkan keaslian dan kualiti yang sinonim dengan jenama Farm Fresh.
Untuk menyaksikan video penuh “Bawa Balik yang 'Itu'”, orang ramai boleh menontonnya di laman rasmi Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok Farm Fresh bermula hari ini.
Must-Watch Video