,
Laman Utama

Sumber Dakwa Mawar Karim Dah 3 Bulan Jadi Isteri Datuk Z? Ini Komen Empunya Badan!

Amri Hassan
01/06/2022
00:55 MYT
Usahawan popular Mawar Karim tampil mengulas mengenai dakwaan sumber di media sosial mendakwa dirinya sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki dikenali sebagai Datuk Z sejak tiga bulan lalu.
Tegas Mawar, 33, dakwaan itu sama sekali tidak tepat dan masih dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka yang berbeza usia 10 tahun.
"Dah nama pun dalam proses mengenali… Tentulah hajat di hati itu nak kahwin secepat mungkin. Tentang dakwaan dah berkahwin tiga bulan itu, saya nafi.
"Tak mungkin saya akan berkahwin sekarang sebab banyak lagi urusan masih perlu diselesaikan antaranya kes di mahkamah sebelum ini," katanya.
Menerusi khabar yang tular di media sosial, Mawar didakwa telah berkahwin dengan Datuk Z di sebuah majlis yang diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.
Mengulas lanjut, Mawar mengakui kurang selesa apabila kerap diperhatikan dan dijadikan bahan cerita di platform media sosial.
"Saya ini bukan penyanyi, bukan pelakon atau pengacara. Saya ini orang berniaga. Lainlah kalau saya ini macam Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kalau saya artis dan kemudian orang tanya-tanya, saya faham. Saya selesa untuk bercakap hal kerjaya saja. Bagi saya, hal peribadi terlalu privasi untuk diceritakan pada umum.
"Bukan apa, saya ini takut kalau hal yang baik (kahwin) macam ini tak jadi. Malu nanti. Maklumlah kita ini hanya merancang, Allah SWT yang menentukan," ujarnya.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.