,
Berita

Sumbat Belut Hidup Dalam Dubur Untuk Rawat Sembelit, Lelaki Hampir Mati

Syafiqah Jalal
21/04/2017
07:45 MYT
Sekumpulan doktor di Guangzhou, China berjaya mengeluarkan seekor belut yang masih hidup sepanjang setengah meter dari perut seorang pesakit lelaki.
Dipercayai, pesakit itu memasukkan haiwan itu ke dalam perut untuk merawat sembelit yang dialaminya.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital minggu lalu setelah belut yang dimasukkan melalui dubur itu mula mendatangkan kesan kepada usus. Memetik laporan South China Morning Post, pesakit itu dikejarkan ke hospital apabila perutnya mengembang seperti belon.
Menerusi pembedahan, doktor mendapati belut berkenaan telah memecahkan ususnya hingga hampir membunuhnya.
Belut paling mudah didapati di bahagian selatan China.
Pada tahun 2013, seorang lelaki dari Guangdong dimasukkan ke hospital selepas memasukkan belut dalam badannya untuk kenikmatan seksual.
Awal tahun ini pula seorang wanita dimasukkan ke hospital atas sebab sama.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: South China Morning Post
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.