,
Hiburan

Sumandak Sabah Single Duet Terbaru Marsha & Velvet

Kamaruddin Razal
02/05/2018
13:01 MYT
Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan dan Velvet Aduk buat pertama kalinya berduet dengan lagu terbaru berjudul Sumandak Sabah.
Lagu duet terbaru itu telah dipersembahkan secara eksklusif buat kali pertama di Konsert konsert Marsha & Velvet Live in Kota Kinabalu pada Sabtu lalu.
Menerusi konsert tersebut, dua penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu menghiburkan lebih 500 peminat yang hadir di Drum Asia Live, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu.
"Konsert ini bagaikan satu tanda aras baru dalam kerjaya nyanyian saya. Ini adalah salah satu usaha keras saya untuk mengukuhkan dan membuktikan kemampuan saya sebagai penyanyi. Semoga kegigihan saya bersama pihak pengurusan membuahkan hasil yang berbaloi di masa hadapan," kata Marsha.
Marsha menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti Hilang, Bebaskan, Untuk Terakhir Kali, Selalu Milikmu dan Lay Me Down.
"Kami berasa sangat bertuah dengan sokongan yang diberikan oleh semua yang hadir pada malam ini. Setiap sorakan dan tepukan bagaikan memberi energi kepada setiap persembahan kami," kata Velvet pula.
Velvet menyampaikan lagu-lagu ciptaannya sendiri seperti Tolong, Jauh, Bayanganmu, dan Ku Perlu dan lagu bahasa Sabah Onuai Oku Timpu serta lagu Kini Detiknya yang pernah dinyanyikan di konsert final Akademi Fantasia 4.
Konsert ini dianjurkan oleh Drum Asia Studio dengan kerjasama Bornaya Records, Kupi Kupi FM dan Bryan Kouju Studios.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Jal Lagas Photography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Lyia Meta Penyanyi Malaysia Pertama Dicalonkan Dalam Anugerah Grammy

gempak
11/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi kelahiran Malaysia, Lyia Meta terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Unitar