,
Laman Utama

Sukar Bernafas, Jaafar Onn Dirawat Di Hospital

Gempak
17/10/2023
15:25 MYT
Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 72, kini menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Oktober lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Jaafar ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia bersyukur apabila tidak berdepan sebarang penyakit serius selepas melakukan beberapa pemeriksaan lanjut.
"Saya sudah ditahan wad hampir dua minggu selepas mengalami sesak nafas. Alhamdulillah tiada masalah serius pun, cuma saya diminta untuk kekal berada di hospital bagi melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan.
"Doktor ingin memantau tahap oksigen, keadaan jantung, darah tinggi dan gula dalam darah. Saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan normal dan keadaan kesihatan saya pun bertambah baik," katanya.
Jaafar juga ingin mengingatkan kepada golongan yang seusia dengannya supaya mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya tidak sihat.
"Jangan berlengah untuk pergi ke hospital sebab nanti keadaan akan bertambah teruk. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Lebih baik jumpa doktor supaya hati kita lebih tenang dan tahu punca penyakit yang dihidapi. Kalau tak sihat, macam-macam yang kita fikir," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.