,
Laman Utama

Suka Masak Menu Barat, Nikita Willy Tak Kenal Lengkuas

Maliah Surip
18/06/2021
15:20 MYT
Kisah artis Indonesia yang tidak mengenali bahan masakan, menu atau buah sebelum ini 'dipegang' oleh pelakon Nia Ramadhani.
Kini, salah seorang aktres terkenal Nikita Willy pula 'terkantoi' apabila tidak dapat membezakan di antara halia dan lengkuas.
Hal itu terungkap sewaktu Nikita menjadi tetamu dalam saluran YouTube milik pelakon Prilly Latuconsina.
Saat itu kedua artis cantik ini sedang berada di dapur. Prilly dilihat menyediakan beberapa bahan masakan untuk memasak masakan tradisi Indonesia seperti Tumis Kangkung dan Tempe Orek.
"Masak Tempe Orek ini senang sangat. Cuma letak bawang merah, bawang putih, cili, lengkuas, air limau nipis dan sedikit kicap," kata Prilly.
Melihat bahan masakan yang disediakan, Nikita pantas bertanyakan kepada sahabatnya itu.
"Itu lengkuas? Bukan halia?" tanya isteri Indra Priawan itu.
"Lengkuas, memang mirip," ujar Prilly sambil tertawa.
Prilly menjelaskan, dia memang suka memasukkan lengkuas atau daun limau ketika memasak agar wanginya terasa sedap.
Sementara Nikita dia suka sekali memasak. Hanya saja, dia lebih suka memasak menu makanan barat.
"Suka (masakan Indonesia), tapi memasak masakan Indonesia buat saya susah kerana perlu banyak rencah dan bahan bahannya," kata Nikita.
Instagram: @nikitawilly
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.