,
Laman Utama

“Suhu Di Sini Bagus” - Pemain Piano Terkenal Dunia, Maksim Suka Cuaca Malaysia, Dah Tak Sabar Nak Buat Persembahan

Mya Amri
14/02/2023
04:51 MYT
Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica menyatakan rasa tidak sabar untuk memulakan persembahan konsert solonya, Maksim The Collection yang akan berlangsung hari ini.
Menurut Maksim, dia akan memberikan persembahan yang terbaik dan meninggalkan kenangan manis buat para peminatnya.
“Saya berasa sangat teruja dan gembira setelah sekian lama saya tidak hadir ke Malaysia untuk membuat persembahan.
“Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengadakan persembahan dan bertemu dengan peminat di negara ini,” katanya ketika ditemui Gempak.
Maksim ditemui pada sidang media untuk konsert Maksim The Collection, bertempat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin.
Berbicara soal Malaysia, Maksim mengakui menyukai cuaca di negara ini.
“Cuaca di sini bagus dan saya amat menyukainya kerana saya baru sahaja pulang dari negara bercuaca sejuk yang suhunya mencecah sehingga negatif enam, jadi cuaca di sini suhunya lebih baik.
“Bagaimanapun saya tidak mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan di negara ini kerana saya mempunyai persembahan di negara lain pula selepas konsert di sini.
“Sebenarnya saya sudah beberapa kali hadir ke Malaysia, bukan sahaja untuk mengadakan persembahan tetapi banyak juga melakukan promosi.
“Saya juga banyak menghadiri sesi temubual di negara ini malah rekod label saya juga masih di Malaysia,” ujarnya.
Mengulas mengenai aktivitinya sebelum mengadakan konsert, Maksim menjelaskan dia tidak boleh melakukan aktiviti berat dan harus berehat untuk memberikan fokus pada persembahanya.
“Kebiasaannya pada hari saya perlu membuat persembahan saya tidak membuat banyak aktiviti kerana perlu berehat.
“Saya tidak sepatutnya terdedah pada suhu yang panas dan di bawah matahari terik, hanya perlu berehat untuk memberikan fokus dan juga persembahan terbaik,” jelasnya.
Maksim akan mempersembahkan lagu hit terhebat sepanjang zaman daripada Coldplay, John Legend dan Queen.
Maksim juga akan memperdengarkan muzik daripada filem seperti The Godfather, Pirates of the Caribbean dan Game of Thrones, karya agung klasikal oleh Liszt dan Chopin, serta karya daripada sepuluh albumnya termasuk Flight of the Bumblebee, Exodus dan banyak lagi.
Konsert Maksim The Collection akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai jam 8 malam.
Untuk info, pemain piano luar biasa yang dilahirkan di Croatia ini dianggap antara pemain piano 'classical crossover' terkenal di dunia.
Selepas menjuarai Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, Maksim melanjutkan pengajian di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris.
Kontrak pertama Maksim bersama syarikat rakaman EMI menyaksikan terhasilnya album Piano Player yang mencatat jualan lebih empat juta keping di seluruh dunia.
Maksim turut menerima Platinum Ganda di Hong Kong serta status emas di Singapura dan negara lain.
Maksim pernah menjelajah 20 bandar di Jepun yang boleh dikatakan siri jelajah terbesar oleh artis antarabangsa.
Susulan kejayaan jelajah itu, Maksim dijemput Moscow Philharmonic Orchestra untuk persembahan solo dan Chopin Society di Warsaw sempena ulang tahun kelahiran ke-200 Chopin.
Maksim juga mendapat jemputan khas ke Royal Philharmonic Orchestra di London.
Pencapaiannya terserlah menerusi karyanya yang terangkum dalam album rasmi Sukan Olimpik, menerima anugerah MTV bagi Album Crossover Sulung Terbaik serta mencecah lebih 150 juta tontonan di YouTube.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.