,
Laman Utama

Suhaimi Saad Ditidurkan Di ICU

Gempak
13/11/2023
07:10 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.
Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid.
Mohd Syahril yang menziarah penyanyi itu, Sabtu lalu, memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.
"Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.
"Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti," katanya.
Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.
"Baru-baru ini, bapa mentuanya (ayah Ina Naim) membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
"Buat masa ini, Ina dan keluarganya tidak mahu diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Suhaimi," katanya.
Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

BERITA TRENDING: "Rumah Tak Ada Mesin Basuh" - Netizen Kesian Nasib Anak-Anak Suhaimi Saad? Pendidikan Tak...

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.