Laman Utama
Sufie Rashid Tak Sangka Pesanan “Tak Tau Bila Nak Jumpa Lagi, Jaga Diri”, Terakhir Daripada Sandra
Penyanyi Sufie Rashid yang juga pasangan duet Sandra Dianne pada minggu duet di pentas Big Stage, tidak menyangka itu pertemuan terakhirnya dengan Allahyarham.
Sufie berkata ada beberapa tanda akhir yang ditujukkan Sandra tetapi tidak disedari.
“Semasa sesi latihan persembahan terakhir Sandra, wajahnya kelihatan cukup berseri malah turut menggayakan serba putih.
“Dari sweater atas ke bawah sampailah handbag, semuanya putih. Tapi masa tu tak fikir apa-apa pun cuma ada rasa pelik.
“Tambah-tambah lagi Sandra ada berpesan kepada kami supaya jaga diri sebab tak tahu bila lagi nak jumpa. Kalau difikirkan kembali, panjang lagi perjalanannya di Big Stage.
“Tak sangka di pentas Big Stage tempoh hari merupakan kerjasama terakhir kami,” katanya.
Sandra yang juga penyanyi lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, Sabtu lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, pada jam 1 pagi, hari ini selepas enam hari bertarung nyawa di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Jenazah sempat dimandi, kapan dan disembahyangkan di Hospital Putrajaya sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk dikebumikan.
Setibanya di kampung, jenazah disembahyangkan sekali dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan kira-kira jam 6 petang tadi.
Must-Watch Video