,
Laman Utama

Sufian Suhaimi, Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022 - "Lirik Taubat & Ketuhanan Masih Dikekalkan"

Amri Hassan
02/04/2022
11:50 MYT
Kedatangan Ramadan bulan penuh barakah kali ini tidak dibiarkan tergantung sepi oleh artis ternama tanahair Sufian Suhaimi apabila menerima tawaran berkolaborasi dengan artis nasyid terkenal Inteam dalam single terbaru mereka berjudul Damba Kasih 2022.
Dalam single terbaru yang merupakan 'remake' daripada lagu asal Inteam yang pernah diterbitkan pada tahun 2003 ini, Sufian dan Inteam ingin mengajak peminat bermunajat dan bermuhasabah mendekatkan diri kepada Allah sempena kedatangan bulan keampunan ini.
Kata Sufian, biarpun lagu itu diberi nafas baharu namun lirik taubat dan ketuhanannya masih dikekalkan.
"Walaupun lagu ini merupakan lagu lama yang diberi nafas baru, pendekatan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian agak berbeza daripada lagu asal, namun lirik taubat dan ketuhanannya tetap dikekalkan.
"Alhamdulillah, saya memang meminati lagu-lagu nasyid dan pernah menyanyikan lagu-lagu nasyid termasuk lagu-lagu dari kumpulan Inteam, jadi apabila ditawarkan bekerjasama dengan abang-abang Inteam, saya terus menerimanya dengan berbesar hati," katanya.
Sementara itu, ulas wakil kumpulan Inteam, Syahril, pihaknya berbesar hati dapat berkolaborasi buat pertama kalinya dengan Sufian.
"Alhamdulillah, walaupun kita masih di dalam suasana pandemik dan pergerakan yang agak terbatas, namun kami bersyukur dan berterima kasih kepada Sufian Suhaimi dan syarikat rakaman beliau yang bersetuju untuk menjayakan kolaborasi ini selepas kami berjaya merakamkan single kolaborasi dengan artis terkenal seperti Khai Bahar, Sam Bunkface dan Aliff Satar.
"Kerjasama yang diberikan oleh pihak Sufian Suhaimi semasa sesi rakaman audio dan video muzik sangat baik dan nyanyian beliau memberikan nafas baru dan penghayatan terbaik untuk Damba Kasih versi 2022 ini," ujarnya.
Lagu ciptaan Isman Hijjaz yang menggunakan nama pena Manis Helma dan lirik oleh Ito Lara dan Manis Alia ini merupakan sebuah lagu berbentuk luahan penyesalan dan taubat seorang hamba.
Lagu ini pernah menjadi judul album dan lagu yang dimuatkan dalam album ketiga kumpulan nasyid Inteam yang telah terjual melebihi 30,000 unit pada ketika itu.
Lagu Damba Kasih kini boleh ditonton dan didengar di platform-platform digital utama seperti rangkaian Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKbox, Joox, Apple Music dan lain-lain lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.