,
Viral

"Sudi Tak Arahkan Avengers 5?" - Anak Malaysia Dapat Tawaran Pengarah Marvel Studios

Amri Hassan
20/03/2018
07:00 MYT
Gara-gara tular video parodi trailer Avengers: Infinity War yang dihasilkan untuk tugasan Bahasa Inggeris, sekumpulan penuntut kolej tempatan ditawarkan untuk mengarahkan filem Avengers 5.
Lebih menarik apabila tawaran itu datang sendiri daripada pengarah filem Avengers, Anthony dan Joe Russo.
"Aiman. Anda semua adalah genius. Sudi tak mengarahkan Avengers 5?" tulis pengarah terkemuka itu di Twitter dalam nada berjenaka. Aiman Sany memuat naik klip video berkenaan di Twitter, kelmarin dengan mesej khusus kepada @MarvelStudios: “Who did it better?” (Siapa yang lebih bagus?).
Parodi trailer Avengers: Infinity War itu memaparkan petikan suara asal dan dilakonkan semula menggunakan prop dalam dorm seperti pinggan, penyepit kain dan bijirin Koko Krunch.
Anthony dan Joe Russo terkenal menerusi filem daripada komik Marvel seperti Captain America: Winter Soldier, Captain America: Civil War dan Infinity War yang bakal ditayangkan.
Video parodi yang dimuat naik pada 18 Mac lalu telah ditonton lebih 2.8 juta kali dan diulang kicau (retweet) lebih 78,000 kali.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.