HIBURAN
Sudah Terbiasa Jadi Kuat, Isteri Edika Yusof Kongsi Rutin Harian - “Dari Dulu Macam Itu Sebenarnya…”
Meskipun dalam keadaan lumpuh separuh badan dan berdepan dengan kemelut rumah tangga, isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusry kelihatan tenang ketika membuat ‘live’ di TikTok baru-baru ini.
Reda & berserah
Masih tetap dengan pendirian enggan berkongsi lebih lanjur masalah peribadi, Hidayah atau mesra disapa sebagai Kak Nor berkata dia hanya berserah dan reda dengan apa yang terjadi.
“Awak boleh menilai secara luaran tapi yang melalui saya. Saya dah cakap, saya tak nak cakap apa-apa yang terlalu mendalam, terlalu peribadi.
“Kita berserah, kita tengok apa yang jadi. Kak Nor sentiasa berserah, reda dan usaha la,” katanya.
Jaga hati
Menurut Hidayah, ramai kenalan yang sudah mengenalinya sejak beberapa tahun ini menyedari apa yang terjadi pada dirinya namun mereka memilih untuk tidak bertanyakan soalan.
“Saya tahu adik-adik Kak Nor semua yang dah dua tahun dengan Kak Nor. Mungkin ada yang perasan, dan tak perasan. Saya tahu ada yang sedar sebab awak semua memerhati kan.
“Cuma awak tak bertanya soalan. Awak jaga hati Kak Nor kan. Sayang awak semua,” ujarnya.
Kekal tenang
Ketika dalam siaran langsung itu, Hidayah turut menjawab salah satu soalan yang bertanyakan mengenai bagaimanapun dia kekal tenang dan kuat berdepan dengan ujian.
“Saya tidak kuat, tapi saya dah terbiasa menjadi kuat. Saya reda, saya terima, saya tahu ketentuan Allah itu, perancangan Allah yang pasti, jadi saya sentiasa reda dengan apa saja.
“Saya jenis, apa jadi saya hadap. Saya tak suka meratapi. Minta dan usaha. Itu saja. Zikir, istighfar dan selawat itu memang peneman la. Mungkin orang tak sedar tapi saya sentiasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rumah Tangga, Edika Yusof Komen - “Kami Cuba Bincang Dahulu, Mungkin Tak Sekufu Di Pihak Dia”
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Tidak Tinggal Serumah, Isteri Edika Yusof Failkan Cerai - "Saya Tak Mahu Beri ..."
“Kalau tengok TV atau sedang lalui apa-apa ke, sentiasa dalam hati, walaupun tak mumbling, dalam hati amalkan istighfar, zikir, selawat,” katanya.
Urus diri sendiri
Dalam pada itu, Hidayah turut memberitahu dia tinggal bersama seorang anak lelakinya dan sentiasa menguruskan diri sendiri.
“Saya duduk dengan anak lelaki yang umur 21 tahun. Dia pagi pergi kolej, balik malam, Isnin hingga Jumaat. Saya buat kerja saya la. Saya duduk atas kerusi roda.
“Saya buat kerja saya, seperti printing, grafic design, saya lakukan kerja rumah. Apa yang saya boleh buat, lap lantai.
“Saya guna tangan untuk gerakkan badan. Saya buat rutin harian sendiri, dari dulu macam tu sebenarnya,” katanya.
Sebelum ini, isteri Edika Yusof telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Febuary lalu dan kini kes mereka dalam proses mahkamah.
Must-Watch Video