,
Laman Utama

"Suasana Sepi Tika Kita Berada Di Kemuncak" - Joe Flizzow

Amri Hassan
04/05/2023
11:17 MYT
“Suasana sepi tika kita berada di kemuncak,” ujar bintang Hip Hop tersohor Malaysia, Joe Flizzow saat menjelaskan maksud di balik karya terbaharunya Sunyi.
"Seperti judulnya, Sunyi yang juga boleh membawa maksud kesepian atau sendiri menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti.
"Ramai yang menyangka bahawa kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama para selebriti, tetapi ramai juga yang lupa bahawa kadangkala mereka juga berasa kesunyian.
"Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya. Malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini," jelas Joe yang juga dikenali sebagai ‘Mr President’ dalam arena Hip Hop tempatan.
Dicipta dan disusun oleh rakan wira kegemarannya, SonaOne, dengan lirik nukilan Joe Flizzow sendiri, lagu ini turut menyaksikan pembabitan Magic Potions serta SonaOne sebagai penerbit bersama.

Idea dari New York!

Idea karya ini sebenarnya muncul semasa salah satu lawatan Joe ke bandar raya New York.
"Waktu itu, ilham datang kala saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke New York saya tidak akan tinggal di Times Square. Ia adalah salah satu tempat paling sibuk di dunia.
"Namun, di balik kesibukan kota itu, saya tiba-tiba merasa paling sepi dan sunyi dalam hidup saya. Dengan berjauhan dari tempat asal, detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini," kata Joe.
Selepas menulis lagu ini, Joe telah berkongsi karya ini dengan rakan-rakan seperjuangannya ALYPH serta SonaOne dengan harapan ingin mereka yang merakamkan lagu tersebut.
"Saya dah berfikir bahawa lagu ini sesuai untuk mereka rakam dan lancarkan. Tapi selepas mereka mendengarnya, kata mereka lebih baik saya yang nyanyikannya.
"Lagipun, dah lama saya tak merakam dan menyanyikan lagu sendiri. Oleh kerana lagu ini agak peribadi buat saya, jadi saya teruskan idea untuk merakamkannya seperti yang mereka cadangkan," sambung Joe lagi.
Sebahagian besar lagu ini menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.

MV kerjaya anak seni

Sunyi juga hadir dengan sebuah video muzik menarik yang menggambarkan perjalanan kerjaya Joe sebagai anak seni.
"Anda akan dapat menyaksikan beberapa rakaman lama yang saya temui dari 15 tahun lalu saat bersama dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Lewat video ini saya juga ingin menunjukkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan impian saya dari 15 tahun sebelumnya,” jelas Joe.
Menurut Joe juga, cabaran untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia Hip Hop global bukanlah mudah. Banyak liku-liku yang perlu dihadapi.
"Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Mereka (komuniti Hip Hop) kehilangan ramai orang, termasuk arwah ayah saya sendiri Allahyarham Ishak Nengah. Jadi ini merupakan satu dedikasi buat beliau juga.
"Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak OK. Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya-Allah," bingkas Joe mengakhiri bicara.
Sunyi boleh distrim di semua wadah digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 April 2023 sementara video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Joe Flizzow pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.