,
Viral

Suara B40! Pasangan Kaartik-Rekka Tambat Hati Netizen Di Media Sosial - "Biasanya Kami Buat Video Lepas Pukul 10 Malam Sebab ..."

Gempak
25/10/2024
06:27 MYT
Pasangan suami isteri K.Kaartik dan N.Rekka tidak pernah menjangka klip video berbahasa Tamil tentang kehidupan seharian masyarakat negara ini, khususnya golongan B40, yang dihasilkan mereka berjaya memikat hati pelbagai kaum.
Mempunyai lebih 400,000 pengikut di media sosial, merangkumi 230,000 di TikTok dan 110,000 rakan Facebook menerusi akaun “Kaartik RK”, gelagat lucu dan bersahaja pasangan ini dalam menyampaikan mesej antara daya penarik yang mengangkat mereka sebagai pempengaruh media sosial.

Sari kata Bahasa Melayu

Lebih menarik lagi, majoriti yang memberi respons kepada klip video mereka merupakan orang Melayu.
“Sebelum ini, video kami tidak ada sari kata (bahasa Melayu) kerana hanya untuk tontonan masyarakat India. Tetapi, tak sangka pula, ramai bangsa lain turut meminati apa yang kami cuba sampaikan. Idea untuk letak sari kata pun timbul selepas ada pengikut Melayu memintanya sebab tak faham kandungan (berbahasa) Tamil.
“Jadi, kami ikutkan dan seperti dijangkakan, banyak maklum balas yang kami terima menyatakan video dihasilkan amat positif kerana berkisar situasi yang pernah berlaku dalam rumah dan kehidupan, tidak kira sama ada ia perkara lucu atau serius,” kata Kaartik yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama.

Video santai keluarga

Tidak sekadar menyentuh isu kehidupan seharian, pasangan yang masing-masing berusia 38 tahun ini juga menonjolkan “kisah sebuah keluarga Tamil” bagi menyampaikan mesej kekeluargaan.
Memiliki lima orang anak berusia tiga hingga 20 tahun, Kaartik berkata pada masa sama dia juga ingin menekankan bahawa sebuah keluarga boleh menjalani kehidupan yang bahagia sekalipun tidak dilimpahi kemewahan.
“Kami hasilkan video dengan kandungan santai tentang hubungan suami isteri dan kekeluargaan yang hidup secara sederhana. Pada masa sama, aktiviti ini merapatkan lagi hubungan kami anak-beranak.
“Misalnya, ada video yang turut menampilkan ahli keluarga kami, sementara rakaman dan suntingan dilakukan oleh anak perempuan kami yang berusia 12 tahun. Secara tidak langsung kegiatan ini mengasah bakat anak-anak,” katanya.
Mengakui bukan mudah sampai di tahap ini, Kaartik yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata dia mula aktif menghasilkan video di media sosial ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan apabila bisnesnya agak perlahan.
Bermula dengan hanya 26 pengikut di TikTok serta tidak mempunyai sebarang ilmu tentang media sosial, bakat anak jati Sabak Bernam, Selangor ini sebagai pempengaruh dikesan oleh perunding motivasi Ahmad Badli Badaruddin selaku mentornya.
Menurut Kaartik, dia menyertai satu sesi bimbingan media sosial yang dikendalikan oleh Ahmad Badli dan sebagai latihan, para peserta diminta menarik 1,000 pengikut dalam masa seminggu.
“Jadi, saya buat video TikTok bahasa Tamil, sekali (tidak disangka) dapat 8,000 orang. Mentor agak terkejut dan (beliau) bagi saya latihan kedua dengan syarat kena dapat 20,000 pengikut.
“Dalam satu minggu saya dapat 45,000 pengikut, dan masa itulah mentor tekankan bakat terpendam saya yang boleh digilap untuk menjadi pempengaruh,” kongsinya.

Satu video sehari

Ditanya tentang pembahagian masa antara pekerjaan hakiki, keluarga dan media sosial, Kaartik berkata walaupun mencabar, dia dapat mengagihkan masa dengan baik menerusi sokongan isterinya dan pengikut mereka.
“Sebolehnya, kami cuba memuat naik sekurang-kurangnya satu video setiap hari. Biasanya, kami buat video di dalam rumah selepas 10 malam kerana tidak mahu mengganggu jiran,” katanya, menambah sebagai pempengaruh mereka belajar banyak perkara baharu.
“Kami belajar cara sunting video, buat grafik dan lain-lain, tetapi paling penting kami dapat ramai kawan baharu,” katanya, menambah mereka merancang untuk mewujudkan sebuah agensi bagi menguruskan pempengaruh tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
11/11/2024
04:55 MYT
Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Unitar