,
Laman Utama

"Suami Trim Bulu Ketiak, Kain Pelikat Jangan Bau Kepam" - Eh Abang Asmara Tak Setuju Isteri Wajib Berhias?

Hanafis Haris
14/02/2022
09:37 MYT
Penyanyi yang juga bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Datuk Fazley Yaakob membidas kenyataan seorang individu yang meminta setiap isteri untuk sentiasa berhias demi suami tercinta.
Menerusi satu posting di Instagramnya, Fazley atau lebih mesra dengan gelaran 'Abang Asmara' itu bersetuju dengan 'kewajiban' tersebut, namun ia masih perlu ada batasnya.
"Wow ramai share tweet ni pada saya sejak semalam. Maaf, jumud (kolot) sangat pemikiran penulis ini.
"Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah, tetapi, kalau tak penat lah kan?
"Yakni, lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan homework anak-anak.
"Handle perangai mak mertua (kalau yang jenis mak mertua tak sporting), siram bunga and pokok kat luar, kemas beranda rumah, ini semua sebelum pergi office dan selepas balik office," katanya.
Jelasnya, kehidupan sebagai suami isteri perlu adil kerana perkahwinan adalah satu 'teamwork'.
"Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua dijaga elok, dah kira hebat dah tu? Suami nak isteri berhias?
"Suami pun kenalah trim bulu ketiak, mulut jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kepam.
"Barulah adil kan? Perkahwinan ni is a teamwork. Bukan tanggungjawab salah seorang je.
"Setuju? Atau masih ramai yang jumud?," katanya.
Falzey berkata demikian sebagai membalas respon satu kenyataan pengguna Twitter.
Menurut pengguna tersebut, isteri perlu berhias cantik di rumah kerana suami sudah menyediakan segala kelengkapan berhias.
"Isteri berhias pi pejabat punyalah cantik, balik rumah berhias untuk suami pun malas. Walhal suami dah provide segala keperluan.
"Suami tak bagi isteri kawan dengan si fulan sebab suami tak suka. Si isteri degil pi berkawan dengan si fulan tu," tulis pemuda berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.