,
Laman Utama

Suami Terbabit Sindiket & Ada Rekod Jenayah, Polis Jejak Ejen Kosmetik Yang Diculik

Awani
15/09/2022
09:13 MYT
Sebuah video penculikan yang membabitkan seorang ejen jualan kosmetik, Rosnazirah, 36, petang kelmarin, menjadi tular dalam media sosial sehingga menggemparkan negara.
Menurut laporan Awani, wanita yang dilarikan empat individu di kediamannya di Kampung Semat Jal, Palekbang di Kelantan pada Selasa lepas dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dalam kumpulan sindiket tertentu.
Setelah siasatan dibuat kita dapati suami kepada wanita ini ada terlibat dalam satu sindiket yang menyalahi undang-undang.
"Ketua Siasatan Jenayah telah mengadakan perbincangan dengan beberapa jabatan termasuk Bukit Aman untuk kesan di mana wanita ini berada dan kita juga hubungi counter part kita di negara jiran untuk sama sama membantu.
“Insiden ini bukan sesuatu yang boleh berlaku kepada semua orang, insiden ini adalah kerana melibatkan sindiket kerana ahli sindiket mengenali satu sama lain mengetahui ada di mana keadaan biasa tak ada kejadian begini," katanya pada sidang media.
Susulan itu pihaknya menahan tiga individu termasuk suami mangsa yang berusia 36 tahun serta seorang wanita di kawasan Tumpat semalam.
Beliau memaklumkan, suami mangsa turut mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala seorang lagi individu mempunyai 7 rekod jenayah lampau.
Ketiga-tiga individu berusia dari 35 hingga 47 tahun ditahan reman empat hari sehingga 17 September.
Muhamad Zaki berkata, operasi sedang dijalankan termasuk memohon bantuan pihak berkuasa di Thailand bagi mengesan wanita berkenaan.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki tidak menolak kemungkinan mangsa mengetahui kegiatan suaminya dan berlaku perselisihan antara suami mangsa dan kumpulan sindiket.
Beliau berkata operasi pada hari kejadian berjaya mengesan kereta yang digunakan yang ditinggalkan berhampiran pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat.
Setakat ini pihak keluarga dan polis tidak nenerima panggilan meminta wang tebusan.
Polis juga sudah mengenal pasti kumpulan sindiket terlibat dan pada masa sama operasi besar-besaran sedang digerakkan.
Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dibawa lari oleh empat individu menaiki sebuah kereta berwarna perak.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.