Hiburan

Suami Tak Boleh Hampiri Zahnita, Lega Dengan Keputusan Mahkamah - “Ia Merupakan Kebebasan Buat Saya & Anak-Anak

gempak
Gempak
09/12/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Suami Tak Boleh Hampiri Zahnita, Lega Dengan Keputusan Mahkamah - “Ia Merupakan Kebebasan Buat Saya & Anak-Anak
Bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson tidak dapat menahan sebak sebaik keluar daripada Mahkmah Majistret Kuantan selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO).
Keputusan itu diputuskan Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang diadakan di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin.
IPO merupakan peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.
Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon tersebut.
Perintah mahkamah itu bagi menghentikan suami Zahnita daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa.
Zahnita ketika ditemui sebak di atas keputusan yang diputuskan Mahkamah Majistret tersebut.
“Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak,” katanya yang mempunyai empat anak berusia 12, lapan, tujuh, dan empat tahun.
Prosiding berkenaan turut dihadiri Abd. Zackery Ghouse yang diwakili peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman.
Peguam Zahnita, Datuk Zaharman Zainal Abidin berkata, pihaknya memohon IPO daripada mahkamah di bawah Seksyen 5, 6, dan 7 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Jelasnya, IPO itu bagi melindungi Zahnita daripada terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Menerusi IPO ini, suami Zahnita yang sudah pun didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 tidak boleh menghampiri mangsa dalam tempoh ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan di media sosial tentang dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pelakon berkenaan menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya juga memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan antaranya dengan Abdul Zackery selepas dia membangkitkan persoalan sama ada suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024