gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - “Bestanya Banyak Duit!”
HIBURAN
Tabby Dolla Pilih Kekal Imej ‘Bersih', Tak Mahu Terpalit Kontroversi Murahan - “Hasil Kerja Juga Mampu Beri Publisiti….”
HIBURAN
Hampir 3 Dekad Menyanyi, Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Khas Borneo
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Suami Sanggup Teman Naik Tangga Gara-Gara Julia Farhana Ada Masalah ‘Klaustrofobia’ - “Sempit, Saya Takut…”

gempak
Asyikin Mayudin
27/04/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Sanggup Teman Naik Tangga Gara-Gara Julia Farhana Ada Masalah ‘Klaustrofobia’ - “Sempit, Saya Takut…”
Mempunyai masalah ‘klaustrofobia’, pelakon Julia Farhana Marin lebih rela memilih untuk menaiki tangga berbanding lif berikutan perasaan takut yang dialaminya itu.

Naik tangga

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Julia memberitahu dia berasa kasihan melihat suami, Dr Che Muhammad Hafiz sanggup menaki tangga ke sebuah kediaman untuk menghadiri jemputan rumah terbuka.

“Kesian suami, isteri takut naik lif terpaksa naik tangga pergi rumah terbuka. Cuba teka berapa tingkat kami panjat? Sampai dekat rumah terbuka basah berpeluh.

“Saya cakap dekat suami naik sahaja lif sebab saya yang bermasalah dan biar saya sahaja yang selesaikannya tetapi dia tak mahu saya naik tangga seorang diri,” kongsinya.

Ramai orang

Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, dia tidak ada masalah untuk menggunakan lif namun berasa takut dan risau apabila terlalu ramai menggunakannya.

“Saya tak takut naik lif tapi kalau penuh macam tin sardin. Tidak! Saya sanggup naik tangga. Sempit, saya takut. Tolonglah, sudah tahu penuh kenapa nak masuk lagi?

“Lif display pun sudah bertukar-tukar..’not in service’ dan ‘full’. Nanti kita naik tiba-tiba tersekat dalam tin sardin lagi. Tak mengapa, saya memilih tangga,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Membesar Di Australia, Julia Farhana Tak Pernah Merasa Sambut Hari Raya – “Bapa Saya Asal Itali, Ibu Pula Orang Sabah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Saya Akan Mati Dalam…” - Julia Farhana Kongsi Detik Cemas Alami Trauma Klaustrofobia Ketika Penggambaran

Sebelum ini, Julia pernah berkongsi detik cemas apabila dirinya hampir pitam akibat masalah klaustrofobia iaitu perasaan takut atau fobia ketika berada dalam ruangan sempit.
Cerita Julia atau Julia Farhana Marin, 31, ketika itu dia tergesa-gesa hendak ke surau tanpa menyedari dia memasuki lif bersendirian tanpa teman.
@juliafarhanamarinjfm Cuba teka berapa tingkat we climb? 🥹 Sampai kat open house basah berpeluh 🤣 I tak takut naik lif most of the time.. But…… kalau penuh mcm tun sardin, NO! I sanggup naik tangga. Sempit. Scary. Please lah. Dah penuh kan? Kenapa masuk lagi 😭 and…. Lif punya display mcm tukar tukar between “not in service” & “full” nanti kita naik tiba tiba stuck dalam tin sardin lagi lah…… No thanks. Tangga for me. I told my husband to just take the lift because this is my problem. Ill handle my problem, but he wont let me take the stairs alone 🥹🫶🏻 @Drchehafiz ♬ 꿈과 책과 힘과 벽 - JANNABI
Topic Berkaitan
#Julia Farhana
#Lif
#Klaustrofobia
#Naik tangga
#Suami Julia Farhana
Must-Watch Video