,
Laman Utama

"Suami Pukul Isteri Aib Yang Harus Ditutupi" - Ceramah Oki Setiana Dewi Jadi Perdebatan Netizen

Amri Hassan
04/02/2022
02:55 MYT
Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi menjadi sorotan netizen apabila sepotong videonya berceramah tentang keganasan rumah tangga tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok Oki sendiri pada 2 Februari lalu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu menceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang tinggal di Jeddah, Arab Saudi, yang mana suaminya telah memukul wajah isterinya ketika berlaku pertengkaran.
Pada masa sama, orang tua isteri itu singgah dan bertanya khabar mereka. Namun, isteri itu menutup kes kekerasan suami terhadapnya.
"Ada sebuah kisah di Jeddah, suami isteri bertengkar. Suaminya marah pada isteri, dipukulnya wajah isteri. Kemudian isterinya menangis, tiba-tiba terdengar loceng pintu rumah.
"Ketika dibuka pintu dalam keadaan mata sembab, tertanya ibunya yang datang. Suaminya dari jauh risau jika isterinya mengadu pada mentuanya bahawa dia baru dipukul.
"Orang tuanya bertanya pada wanita berkenaan mengapa menangis namun si isteri mengatakan dia berdoa pada Allah dan menangis kerana rindukan ibu dan bapanya," kongsi Oki.
Kisah itu disimpulkan Oki dengan pertanyaan bagaimana harus bertindak dalam situasi sedemikian dan berpendapat bahawa setiap pasangan tidak perlu mengaibkan pasangan sendiri.
"Isterinya boleh mengadu pada orang tuanya baru dipukul dan ada keganasan rumah tangga.
"Biasanya perempuan suka bercerita hal yang berlebih-lebihan gitu. Tapi isterinya mengatakan hal sebaliknya. Suaminya luluh hatinya apabila isteri menyimpan aibnya sendiri. Luar biasa. Makin sayang dan cinta suami itu.
"Jadi tak perlulah cerita-cerita yang sekiranya mengaibkan pasangan kita sendiri," lanjutnya.
Hal itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan beranggapan pendapat Oki itu tidak berasas.
"Saya ada tengok video pendakwah Indonesia, Oki yang mengatakan isteri tutup aib suami walaupun dipukul suami. Mungkin nak tonjolkan peranan isteri jaga aib.
"Tapi, nasihat saya kepada isteri di luar sana, kalau suami sudah mula naikkan tangan ke wajah, buat terus laporan polis," ciap seorang pengguna di Twitter.
"Tapi the message tu nampak sangat berat sebelah "isteri kene jaga aib suami"," tambah individu lain.
"Dalam kursus kahwin harap ada cerita tentang aib yang boleh diceritakan dan aib yang tak boleh diceritakan. Islam tak kejam. Bila jahil, senang dipijak," ulas pengguna lain pula.
"Ya, isteri untuk disayangi bukan ditangani," sahut pengguna lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Idzham Ismail Tengah ‘Tunggu Bidadari Baru’, Netizen Rancak Beratur Tawarkan Diri Nak Jadi Teman Hidup - “Saya Dah Lupakan Fattah Amin”

gempak
24/11/2024
08:55 MYT
Sejak kes penceraian, nama pelakon, Idzham Ismail sering mencuri perhatian netizen.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Unitar