gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
HIBURAN
JKKN & KESUMA Segarkan Warisan Melayu Menerusi ‘Temasya Tari Melayu: Lama Dalam Baharu’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Nora Ariffin Buka Mulut, Minta Henti Panggil Penyondol - “Pada Awalnya Saya Merasa Amat…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/03/2025
05:26 MYT
Sponsor Banner
Suami Nora Ariffin Buka Mulut, Minta Henti Panggil Penyondol - “Pada Awalnya Saya Merasa Amat…”
Selepas sekian lama mengunci mulut, suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli tampil memberi penjelasan mengenai status perkahwinannya bersama Nora.
Jelas Rushdi, dia mengahwini Nora sebagai isteri kedua untuk membimbing wanita itu dan anak-anaknya selepas kematian suami.
“Sesungguhnya tidak pernah terlintas langsung di dalam minda dan diri saya untuk mendekati Datuk Nora atas sebab kerjaya dan bidang yang jauh berbeza antara kami (bidang agama), hanya Allah yang tahu.
“Segalanya bermula selepas kematian arwah suaminya, Johan Nawawi dan ia didorong oleh niat murni untuk menjaga, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anak arwah yang masih di awal usia, disinilah timbulnya keinginan untuk meminang, demi tuhan hanya Allah yang tahu niat saya, semuanya adalah dengan kehendakNya.
“Hakikatnya, pada awalnya saya merasa amat ragu-ragu dengan hasrat untuk memperisterikan dia kerana bimbang ditolak dan saya pula tidaklah setanding arwah Johan tetapi dengan izin Allah saya tetap mencuba berasaskan niat yang ikhlas kerana Allah,” katanya.
Bagaimanapun kebelakangan ini perkahwinan Rushdi dan Nora diuji apabila mendapat campur tangan daripada orang terdekat.
"Namun, hakikatnya kita tidak dapat menolak takdir dan ketentuan Ilahi dalam hidup seperti dinyatakan dalam Rukun Iman.
"Apapun, akhir-akhir ini saya dan Nora diuji dengan isu panas yang boleh memecah-belahkan rumah tangga kami. Lebih lagi, adanya campur tangan daripada insan yang rapat dengan saya.
"Inilah dugaan dan cabaran dalam berpoligami. Saya pernah menerima desakan dan asakan cukup mencabar, namun dapat diatasi dengan izin Allah jua," katanya pada penjelasan itu.
Pada masa sama, Rushdi juga meluahkan rasa sedih apabila pelantun lagu Di Persimpangan dilabelkan dengan pelbagai gelaran negatif. Namun, itulah asam garam dalam kehidupan berumah tangga yang berpoligami.
Namun dia kagum dengan keperibadian diri Nora yang disifatkan sangat baik, bijak menjaga rumah tangga, suka tersenyum dan menyimpan saja segala kelukaan dalam hati.
"Dalam kehidupan poligami, gelaran seperti 'penyondol' dan 'sundal' sering dikaitkan dengan isteri-isteri. Sama ada isteri kedua, ketiga dan seterusnya.
"Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan wajar dihentikan kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Ia juga berlaku kepada Nora yang turut menerima gelaran sedemikian.
"Saya akui dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak 'over react' dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai. Alhamdulillah, Nora sentiasa menjaga tatasusila, sopan santun dan kedudukan sebagai isteri.
"Nora tidak sombong, mudah mesra, peramah dengan semua orang, lebih lagi bila bersama dengan saya dalam pelbagai majlis. Malah, dia juga sentiasa menjaga makan minum suami kerana minat memasak," katanya.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin kehilangan suami tercinta iaitu komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Pada Disember 2021, Nora menerusi hantaran di media sosialnya mengesahkan dia sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM).
Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#Datuk Nora Ariffin
#Dr. Rushdi Ramli
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement