,
Laman Utama

Suami Kris Dayanti Dikatakan Mirip Pemain Bola Sepak Perancis Kylian Mbappe

Maliah Surip
19/12/2022
15:50 MYT
Temasya Piala Dunia Qatar 2022 baru melabuhkan tirai dengan Argentina akhirnya menumpaskan lawan sengitnya, Perancis lewat sepakan penalti yang dibuat setelah kedua dua pasukan gergasi itu terikat 2-2 sehingga akhir perlawanan.
Tentulah dua figura dari dua pasukan tersebut antara nama yang menjadi buah mulut di seluruh dunia, sekali gus trending dalam dunia maya.
Mereka adalah legenda Messi dari Argentina dan Kylian Mbappe yang menjadi ayam tambahan Perancis.
Di sebalik temasya tersebut, netizen Indonesia rupanya ‘cekap’ melihat kelibat Mbappe mirip seorang figura yang juga tak kurang terkenal di negara mereka.
Individu tersebut adalah suami selebriti dan ahli politik, Kris Dayanti iaitu Raul Lemos.
Ramai yang mengatakan gaya rambut dan wajah Raul sangat mirip dengan Mbppe. Malah kisah wajah seiras di antara Raul dengan Mbappe juga menjadi topik trending di Twitter.
"Raul Lemos is that you?" tulis @thitechakratana.
"Saya fikir cuma saya yang bilang Mbappe mirip Raul Lemos," tulis @emaknyatira.
"Saya masih tidak rela Mbappe dimiripkan sama Raul Lemos, tapi emak juga bilang mirip," tulis @thevirgoproject, lapor Kompas.
Sekadar informasi, Raul Lemos, 52, adalah seorang usahawan dari Timor Leste yang berkahwin dengan penyanyi Menghitung Hari itu pada Mac 2011.
Mbappe pula seorang pemain bola sepak Perancis berusia 23 tahun yang disifatkan banyak peminat sukan tersebut sebagai bakal legenda dalam arena itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.