,
Laman Utama

Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”

Asyikin Mayudin
27/01/2023
01:55 MYT
Tindakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang berkongsi video di TikTok seperti menyindir aktor Adam Shahz mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Menerusi perkongsian video itu, Aliff menunjukkan satu petikan pendek yang tergantung di dinding ketika mereka berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.
"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya," katanya sambil mengalihkan kamera ke arah Adam yang sedang sibuk melihat telefon bimbitnya di tempat menunggu.
Rata-rata netizen di ruang komen menganggap jutawan itu berani berkata sedemikian di hadapan Adam dan memuat naik video tersebut di laman sosial.
“Fuh berani bang.
“Kuat sikit bang cakap dia tak dengar tu,” komen netizen.
Membalas komen tersebut, Aliff memberitahu dia tidak perlu berasa takut dengan Adam dan aktor itu juga mendengar apa yang diperkatakan itu.
“Takkan nak takut dengan lelaki ni?
“Dia dengar. Jangan risau,” balas Aliff di komen kedua-dua netizen tersebut.
Pada Khamis, Adam dan Fatin menghadiri perbicaraan kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung kes hak penjagaan anak mereka, iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Adam akui tidak tahu mengenai keberadaan Ivy selepas mendakwa hampir tiga bulan dihalang berjumpa anak perempuannya itu oleh bekas isterinya.
Untuk rekod, perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Hiburan

Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

gempak
26/08/2024
08:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengakui dia tidak tahu mengenai tindakan suaminya iaitu Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.
Hiburan

Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

gempak
21/08/2024
00:55 MYT
Usahawan sensasi, Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila diganggu oleh individu tidak dikenali dipercayai merupakan warga asing.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Ulangtahun Buat Cucu - “Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa..”

gempak
08/07/2024
06:00 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.