HIBURAN
“Suami Dari Kayangan” - Prince Syed Siapkan Isteri & Anak-Anak Seawal 4.30 Pagi, Rai Aidiladha Bersederhana
Tiada siapa sangka di sebalik pesona glamor dan dunia fesyen mewah, Prince Syed rupa-rupanya seorang suami dan bapa yang cukup ‘hands-on’ dalam urusan rumah tangga terutama ketika menyambut Aidiladha.
Menerusi satu hantaran di TikTok, usahawan fesyen dan pempengaruh popular ini mendedahkan bahawa dia bangun seawal 4.30 pagi semata-mata untuk menyiapkan isteri dan anak-anak tercinta.
“Saya siapkan isteri dan anak-anak dari pukul 4.30 pagi. Ini rutin setiap kali raya,” katanya kepada Gempak.@prince.syed.shahid SELAMAT HARI RAYA HAJI … Rutin setiap hari abam memang akan siapkan wife dan anak2 serba lengkap ,dan ini lah realiti hidup abam , bukan lakonan tapi inilah rutin harian abam siapkan wife dan anak2 terutama hari raya , raya special , sebagai seorang lelaki tanggungjawab urus rumahtangga dipikul sepenuhnya , yesss memang abam taksub mencantikkan isteri dan taksub urus anak2 abam … abam suka semua benda perfect dan sempurna tapi abam bukan orang cerewet , cukup sekadar kemas rapi dan teratur asalkan selesa , tidak memaksa , pengorbanan lelaki snagat besar untuk membina keluarga bahagia, seronok nya raya haji tahun ni , rasa tenang dan happy jer , semua persiapan dan kelengkapan raya haji kalini sangat teratur dan sempurna 🥰 baju yang abam buat ni dalam tempoh 2 jam jer buat untuk 4 pasang baju kami anak beranak 🥰 baju simple … esok baju raya apa pulak akan kami pakai? Tunggu hehe apapon SELAMAT HARI RAYA HAJI semua♬ original sound - LaguRaya
Lebih mengejutkan, Prince Syed turut mengakui dia menyiapkan empat pasang baju raya sendiri dalam tempoh hanya dua jam.
“Saya bukan nak menunjuk, tapi inilah realiti hidup saya. Bukan lakonan. Memang saya yang siapkan semuanya, dari A to Z.
“Ya, saya memang taksub nak pastikan semuanya perfect dan kemas, tapi tak pernah paksa. Asalkan selesa dan teratur, saya puas hati. Raya ni seronok sangat, tenang dan semua persiapan smooth. Isteri dan anak-anak pun happy!” kongsinya.
Pengorbanan Prince Syed sebagai ketua keluarga nyata membuat ramai netizen tersentuh.
Rata-rata memuji sikapnya yang bukan sahaja romantik dan bertanggungjawab, tetapi juga menjadi contoh terbaik untuk para suami muda.
“Inilah erti sebenar pengorbanan Aidiladha — bukan sekadar ibadah korban, tapi juga pengorbanan masa, tenaga dan kasih sayang seorang suami dan ayah.
“Memang suami dari kayangan!,” kata pengikut di ruangan komen.
Must-Watch Video