BERITA
Suami Bakar Isteri, Cemburu Warung Ramai Disinggahi Pemandu
Seorang lelaki bertindak kejam apabila membakar isterinya di hadapan warung kerana cemburu kedai makan tersebut selalu penuh disinggahi pemandu.
Suspek dengan nama awal M berusia 42 tahun membakar isterinya, AN, 40, dalam insiden yang berlaku di Kota Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia, lapor Detik.com.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, mangsa meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan serius akibat dibakar.
“Mangsa mengalami kecederaan serius di seluruh tubuhnya. Dia meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital.
“Sementara itu suspek didakwa tidak senang melihat warung isterinya laris dan ramai pemandu yang singgah makan.
“Tapi tindakan membakar mangsa atas apapun alasan adalah salah. Ia jenayah,” ujar kenyataan tersebut.
Selepas mencurah minyak tanah dan membakar mangsa, suspek dikatakan sempat melarikan diri. Dia bagaimanapun berjaya ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis.
Must-Watch Video