,
Laman Utama

Suami Bakal Cacat Kekal, Ashira Reda…Bad Mohon Status OKU

Fiza Kamarudin
01/08/2021
07:08 MYT
Penyanyi Ashira Aziz reda apabila mengetahui suaminya Bad Indigo bakal mengalami kecacatan kekal akibat penyakit diabetis yang dihidapi.
Ashira berkata dia hanya mampu berdoa agar suaminya juga penyanyi, Bad Indigo diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan kesihatan.
Ibu jari kaki Bad bakal dibuang selain terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dia terpaksa menjalani pembedahan itu disebabkan jangkitan gangren.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, kaki kirinya akan kudung sepenuhnya selepas ibu jari itu dibuang menyebabkan dia bakal cacat kekal.
"Saya tengah tunggu slot untuk 'amputate' ibu jari kaki, jadi kaki kiri saya memang akan kudung. Kemudian lagi sekurang-kurangnya enam bulan untuk rawatan 'dressing' pada bahagian dipotong itu.
"Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak. Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.
"Ia juga akan dapat meringankan beban kos rawatan saya kerana tiada kerja buat masa ini. Doktor juga tolong isi borang OKU itu mengesahkan kecacatan kekal dan bantuan fizikal yang diperlukan," katanya.
Bad memaklumkan, disebabkan proses rawatan berterusan, pergerakannya semakin terbatas selepas ketiadaan jari kaki. Ia sekali gus memberi kesan kepada pendapatannya sejak lebih setahun lalu.
"Saya sudah setahun setengah tak kerja sebab tak ada tawaran dan tak boleh anjurkan acara. Selama ini, saya memang bergantung dengan pendapatan menjadi pengurus acara dan sekarang pun tiada sebarang aktivti acara dibenarkan," katanya.
Pada Mac lalu, Bad selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ia susulan Bad memaklumkan perlu membuang ibu jari kaki kirinya selepas empat jari kaki sama dibuang sebelum ini akibat penyakit diabetis yang dihidapi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Bapa OKU Kudung Tangan dan Kaki Kendong Anak Naik Kerusi Roda Buat Netizen Luluh hati

gempak
13/09/2024
12:55 MYT
Kisah bapa yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki menggendong anak perempuannya sambil menaiki kerusi roda mengundang sebak netizen.
Viral

Momen Sayu Ayah OKU Beri Duit Belanja RM50 Buat Anak Bongsu Jentik Hati Ramai, Kakak Kongsi Kisah Sebenar - "Memang Rutin Abah Setiap Kali ..."

gempak
07/08/2024
15:55 MYT
Kasih ibu membawa ke syurga..kasih ayah kekal selamanya.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger

gempak
07/08/2024
04:31 MYT
Pempengaruh dan juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikenali sebagai Eerah Burger tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira Olimpik Malaysia iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Sih Wooi Yik hari ini.
Hiburan

Berbual Dengan OKU, Ramai Tak Sangka Datuk Fazley Rupanya Tahu Guna Bahasa Isyarat - “Boleh Lah Sikit Sebab Aunty Saya Juga Sama”

gempak
02/08/2024
17:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi perhatian netizen apabila berkebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Berita

Remaja OKU Lahirkan Anak Bapa

gempak
21/07/2024
18:55 MYT
Rahsia seorang remaja perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam berusia 13 tahun dipercayai diperkosa bapa kandung terbongkar apabila dia melahirkan bayi di sebuah klinik kesihatan di daerah ini semalam.