gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Ini Mimpi Jadi Kenyataan" - Pertama Kali Muncul Di KL, The Lantis Teruja Hiburkan Peminat Konsert Jiwa Kacau
HIBURAN
Wani Kayrie Tak Sangka Muzik Video Cak Cak Cekuk Raih Lebih 500K Tontonan - “Walaupun Agak Perlahan Pada Awalnya…”
HIBURAN
“Nanti Datuk Aliff Syukri Tengok!” – Cik B Merajuk Disakat DSV Lagi, Netizen Terhibur
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

Gempak
Gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Sponsor Banner
Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.

Bapa & Anak Maut

Menurut penguasa polis New South Wales (NSW), Paul Dunstan, dalam kemalangan yang berlaku pada waktu tengah hari itu, kereta sorong bayi terbabit dinaiki dua kanak-kanak kembar sebelum salah seorangnya terbunuh akibat dilanggar keretapi, bersama bapanya yang cuba menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata, seorang lagi kanak-kanak kembar terbabit bernasib baik kerana terjatuh di antara rel menyebabkan dia terselamat daripada dilanggar keretapi ketika ia melintasi platform.

"Sebelum kejadian, ibu bapa kanak-kanak itu menaiki lif ke platform stesen dan ketika keluar dari lif, mereka melepaskan tangan sekejap daripada memegang kereta sorong bayi terbabit.

"Kita tidak pasti sama ada pergerakan kereta sorong itu disebabkan oleh angin kerana ia bergerak laju ke arah laluan keretapi," katanya pada sidang media.
Pada masa sama, Dunstan berkata, polis dan perkhidmatan kecemasan tiba ditempat kejadian dalam tempoh beberapa minit selepas menerima panggilan.
Beliau berkata, ketika polis tiba, kereta sorong bayi itu berada di bawah keretapi terbabit yang hanya melintasi stesen berkenaan tanpa dijadualkan berhenti.
"Ketika itu tangisan bayi boleh didengar dari bawah keretapi terbabit.
"Salah seorang bayi itu tidak mengalami kecederaan, namun kembar dan ayahnya yang berusia 40 tahun terbunuh.
"Tindakan ayahnya itu sangat berani walaupun akhirnya ia meragut nyawanya," katanya.

BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

​BERITA TRENDING:Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

​BERITA TRENDING:Remaja OKU Lahirkan Anak Bapa

​BERITA TRENDING:Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

Beliau berkata, kanak-kanak itu dan ibunya dibawa ke Hospital St George serta berada dalam keadaan stabil, namun ibu kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun masih trauma dengan tragedi berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#Anak
#Kemalangan
#Berita
#Bapa
#Maut
#Keretapi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement