,
Laman Utama

“Stroke Sebab Kerja Kuat” – Sahabat Sejati! Lelaki Ini Terus Batal Semua Kerja, Fly Dari KL Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Ke Hospital

Mya Amri
01/10/2020
01:46 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad mendapat perhatian netizen apabila sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit.
Menerusi perkongsian Hafiz di akaun Instagram miliknya, memaklumkan telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke kampung halaman untuk membantu rakannya.
Hafiz juga berkongsi video pendek di akaun Instagram miliknya yang merakamkan keadaan terkini sahabat baiknya itu.
“Harini saya batal semua kerja dan meeting kemudian fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital
“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dah kerja tempat tu, saya tahu memang dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata-mata buat OT untuk dapat 2K sebulan
“Bila kesihatan dia terjejas, saya tak tahu dia stroke. Dia kata dia demam dan kaki sakit. Saya call dan suruh dia berhenti, kerja dengan saya je.
“Minggu lalu, saya belikan dia tiket ke KL. Bila sampai je airport… Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit-injit
“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari kemudian tak boleh bangun langsung
“Saya call semalam, dia kata tak tahan. Kemudian saya putuskan untuk terus terbang ke Kelantan,” tulisnya.
Menurut Hafiz lagi, dia terpaksa menahan sebak melihat keadaan rakannya sebaik sahaja tiba dirumahnya.
“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital
“Kami selalu mandi sungai kecik-kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita empat sahabat janji. Waktu itu saya cakap
“Siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah”. Alhamdulilah Allah bagi saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni
“Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku dan kita berjuang sama-sama” terus sihat loh!” coretnya.

Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap “Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni “Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Dalam pada itu, perkongsian Hafiz ini juga telah menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan mulianya.
“Masya-Allah... Menangis saya melihat pengorbanan seorang sahabat, semoga kalian diberi kesihatan kesenangan dunia akhirat… Buat Hafiz dan keluarga semoga kamu dilimpahi rezeki untuk terus menolong sahabat dan orang yang memerlukan bntuan, teruskan dakwah ini smpai bila-bila. Insya-Allah,” komen @_puteri_syafiqah_
Selain itu, ada juga yang meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan seorang rakan yang sanggup melepaskan kepentingan demi sebuah persahabatan.
“Sahabat yang baik… Semoga dipermudahkn segalan urusan… Kenangan yang tak boleh dibeli,” tulis @_najib_bijan
Terdahulu, Hafiz merupakan suami kepada personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina.
Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.
Pasangan ini baru sahaja menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.
Viral

"Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar

gempak
30/07/2024
03:30 MYT
Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap kandungan media sosial yang kembali tular ketika di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Viral

"Saya Pernah Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan, Keluarga Sangat Susah" - Ezzah Nellysa

gempak
16/03/2024
04:31 MYT
AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.
Viral

Pertahankan Hafiz Mahamad, Erma Fatima Dikecam Netizen - “Aku Percaya Dia Tak Berniat Untuk Konten Kerana…”

gempak
07/03/2024
07:25 MYT
Alamak...