,
Laman Utama

“Steady Orang Lama, Low Profile” - Sabri Yunus Naik Bas Ekspres Terima Pujian Netizen

Azwa Rahman
12/12/2021
05:40 MYT
Aktor hebat Sabri Yunus menjadi sorotan ramai apabila dilihat beratur di kaunter tiket sebuah stesen bas untuk menaiki bas ekspres.
Aksi pelakon yang popular dengan gelaran ‘Pok Ya Cong Codei’ itu dikongsi oleh seorang pengguna di platform TikTok.
“Cepat-cepat habis musim stress, tiba-tiba rasa nok repeat balik cerita Pok Ya Cong Codei ni,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Sabri yang berdiri di hadapan sebuah kaunter tiket bas ekspres melambai dan tersenyum di saat aksinya dirakam.
Tampil santai, dia hanya menyandang sebuah beg galas bersamanya.
@_nbla.abuzai25
Cepat2 habis musim stress, tiba2 rasa nok repeat balik cerita pok ya cong codei ni ?♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi yang mana rata-ratanya memuji sikap rendah diri dan tidak kisah pelakon-pelakon lama di Malaysia.
@ecah oh ecahlow profile.. orang-orang lama ni... tabik springggg”
“@Ayohlong490:Naik bas je Pok Ya”
@gangstaparadise76:Dok dalam bas tido. Hilang penat orang lama”
@AZAM AMIRI:Rare Pok Ya naik bas ja, artis muda-muda loni pakat naik flight belaka. Terbaik Pok Ya!!”
“@user1786867677315:bila legend orang panggil pon tak sombong.. yang baru nak naik tu orang tegur pon sombong”
@pencari ketenangan:steadyy org lama... low profile je dia.. terbaikkk”
@namaku rudie:tabikk springg ke Pok Ya.. Mane nok jupe pelakon low profile camni sekarang”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Hiburan

Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"

gempak
19/04/2024
01:00 MYT
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Hiburan

6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...

gempak
18/04/2024
08:25 MYT
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Hiburan

Lauk Hidang Dalam Talam, Tema 70an, Main Wau, Ini Antara Yang Menarik Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus & Angeline Tan

gempak
29/02/2024
01:52 MYT
Memang cantik dan penuh tradisi.