,
Laman Utama

Steady Beratur Ambil Vaksin COVID 19, Nicholas Saputra Digelar National Treasure Indonesia

Maliah Surip
21/04/2021
13:50 MYT
Aktor Nicholas Saputra memang menjadi bintang kesayangan peminat filem Indonesia. Sikapnya yang merendah diri dan jauh diterpa gosip membuatkan saham pemain Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta ini sentiasa tinggi.
Terkini, Nicholas menjadi treding di Twitter Republik tersebut gara gara seorang peminat menceritakan kisah pelakon itu yang menolak menggunakan 'passport' selebriti untuk memotong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid 19.
Seorang pengguna akaun media sosial dengan nama @Teh_L menceritakan tentang sikap baik dan timbang rasa Nicholas. Kejadian tersebut terjadi pada Isnin lalu sewaktu dia beratur untuk menerima suntikan vaksin yang berlokasi di Istana Negara, Jakarta.
Menurutnya, terdapat dua checkpoint sebelum mereka mendapatkan suntikan vaksin. Checkpoint atau barisan pertama adalah untuk mengisi data diri manakala barisan kedua bagi menjalani beberapa ujian kesihatan termasuk darah.
"Saya sangat salute dengan @nicholassaputra. Walaupun ramai petugas yang memanggilnya untuk memberi laluan pintas potong barisan atau ke checkpoint 2, dia tetap setia beratur dengan kami, rakyat biasa.
"Bahkan dia sempat menegur petugas yang menahan saya untuk pergi ke meja 2 dengan mengatakan: 'Ibu, ini sudah 2 kali 'dipotong' barisan'. Kata katanya buat saya makin semangat," tulis akaun tersebut.
Sebaik cerita itu dikongsikan, netizen pun beramai ramai memuja sikap Nicholas.
Malah salah seorang pengguna media sosial, @Hangyulpadamu menyifatkan pemenang pelbagai anugerah berprestij ini sebagai national treasure Indonesia.
"Nicholas Saputra adalah harta karun nasional kami. Buktikan bahawa saya salah," tulisnya.
CNNIndonesia juga melaporkan suntikan vaksin COVID 19 untuk pekerja kreatif seperti pelaku seni sudah dimulai sejak 17 April lalu.
Selain Nicholas, antara selebriti yang sudah mendapatkan suntikan vaksin termasuklah Armand Maulana, Isyana, Bimbim Slank, Widi Mulia Sunarya dan Ayu Utami.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.