gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Netizen Seronok ‘Follow’ Aliff Syukri, Puji Konten Kini Lebih Matang - “Papa Janji Bila Dah Nak Masuk Umur 40…”
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: “Pelajar Terlibat Nahas Syahid Akhirat” - Timbalan Mufti Perak
HIBURAN
Netizen Berang Individu ‘Complain’ Majlis Akikah Nabila Razali - “Cukup Baik Dah Dia Ajak”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Sorry Talha…” – Sharnaaz Ahmad Minta Maaf, Buat Talha Harith Lebam Ketika Berentap Dalam I Promise Janji Anaqi

gempak
Fiza Kamarudin
10/12/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
“Sorry Talha…” – Sharnaaz Ahmad Minta Maaf, Buat Talha Harith Lebam Ketika Berentap Dalam I Promise Janji Anaqi
Pelakon Sharnaaz Ahmad, memohon maaf kepada Talha Harith kerana telah menyebabkan ‘sparring partnernya’ itu mengalami kecederaan ketika sedang melakonkan babak pergaduhan dalam drama I Promise Janji Anaqi.
Ungkapan maaf itu diucapkan secara spontan oleh Sharnaaz ketika Talha berkongsi pengalamannya di dalam drama 28 episod itu menerusi sesi sidang media secara virtual baru-baru ini.
“Sorry Talha…” kata Sharnaaz kepada pelakon tersebut ketika sedang menceritakan tentang kesan lebam kebiruan dialaminya.
Talha bagaimanapun menganggap kecederaan tersebut sebagai perkara biasa dalam melakonkan babak aksi.
Sementara itu, Sharnaaz ketika ditanya mengenai kecederaan dialaminya sepanjang penggambaran berkata, dia hanya mengalami luka dan calar.
“Kecederaan biasa je tapi hari-harilah…Tak ada yang serius cuma luka dan calar. Cuma sepanjang penggambaran saya terpaksa membalut kaki kanan saya kerana telah mengalami kecederaan hamstring sebelum itu lagi.
“Pergerakan saya sedikit terbatas tetapi semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Menurut Sharnaaz dia mengambil keputusan untuk membalut sahaja kaki yang cedera tersebut kerana masa yang terhad dan tidak sempat untuk menunggu proses penyembuhan.
“Kecederaan hamstring ambil masa untuk sembuh, masa kami di set terhad jadi saya buat keputusan untuk balut sahaja kaki sepanjang penggambaran diadakan.
“Bagaimanapun, dalam masa yang terhad ini kami tetap berikan yang terbaik dalam setiap babak dilakonkan.
“Kami semua berikan 120% yang terbaik untuk drama I Promise Janji Anaqi. Everyone is giving the best,” katanya.
Dalam pada itu Sharnaaz turut berpesan kepada peminat agar tidak menjadikan drama atau filem antarabangsa sebagai rujukan.
“Jangan jadikan international movie sebagai rujukan kerana bajet kita tak sebanyak mereka, tak sampai pun.
“Jangan aspek kita boleh ‘bagi’ sebanyak mereka. Mereka kalau nak buat scene action sekurang-kurangnya seminggu, kita boleh bagi pun 2 jam je.
“Expectation kita kena seiring dengan bajet yang kita ada. Kita pun kalau ada bajet sebanyak mereka, silap-silap Internasional ni semua boleh tidur!,” katanya yang memegang watak sebagai Anaqi.
Selain Sharnaaz, drama ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza Dayana Roza, Alicia Amin, Wan Elyas, dan pelakon cilik Isaac Iman.
Drama arahan Hadith Omar, terbitan Juita Viden ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
#Astro Ria
#Sharnaaz Ahmad
#I Promise Janji Anaqi
Must-Watch Video