,
Laman Utama

sooka Tawarkan Lebih Pilihan Dengan 10 Saluran FAST Percuma!

Amri Hassan
18/07/2023
05:34 MYT
sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan Malaysia kini telah mengembangkan lagi tawarannya dengan lima lagi saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST), menjadikan jumlah keseluruhan saluran FAST di sooka kepada 10.
Saluran FAST tersebut, yang diperkenalkan hasil kerjasama dengan Amagi, ditawarkan tanpa kos tambahan untuk tontonan para pelanggan sooka melalui TV pintar atau peranti mudah alih mereka.
Saluran FAST di sooka merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, dan memberikan para pengguna akses kepada semua kandungan kegemaran mereka di satu destinasi yang mudah dinavigasi, ditonton, dan dikongsi.
Buat masa sekarang, sooka mempunya 5 saluran FAST iaitu K-Popcorn, ESTV, CarbonTV, TAYO+ dan Gusto TV, dan telah menambah 5 lagi saluran FAST baharu, memberikan penggunanya sejumlah 10 saluran untuk dinikmati.
Lima saluran FAST baharu di sooka adalah:
  • Bollywood Prime: Bersedia untuk menyanyi, menari, dan menitiskan air mata dengan filem-filem terbaik dari Bollywood. Daripada filem blokbuster terkini sehingga filem-filem klasik kegemaran dari zaman dahulu, Bollywood Prime menawarkan segalanya, dengan rancangan seperti Yes Boss yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan, rancangan memasak Dip in Kitchen dan Curry On, serta filem-filem klasik Hindi yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Ram Balram dan Pyar Ki Kahani.
  • YRF Music: Hiburkan diri anda dengan gabungan tematik muzik khas serta kandungan lain yang memberikan anda hiburan sepanjang masa daripada seluruh dunia.
  • INFAMOUS TV: Kekal di sofa anda dan terokai cerita-cerita yang menarik dan penuh debaran melalui rancangan seperti The FBI Files, Interpol Investigates, The Prosecutors: In Pursuit of Justice, Daring Capers, Ghost Stories, dan Originals.
  • Tastemade: Melalui program makanan dan gaya hidup yang memenangi anugerah serta direka khusus untuk membawa anda jauh dari sofa, saluran penstriman Tastemade memperkenalkan penonton kepada idea baharu, individu luar biasa, dan tempat yang menakjubkan, menggalakkan penonton untuk menjalani kehidupan terbaik mereka.
  • EDGESport: Rumah untuk para peminat sukan dan penggemar adrenalin, tonton acara langsung premium dan sorotan daripada dunia Salji, Skate, Belayar, Berbasikal, MTB, Motor, dan banyak lagi.
Pelanggan yang berminat boleh menonton sepuluh saluran baharu ini secara percuma selepas mendaftar dengan sooka, dan jika mereka inginkan kandungan premium, mereka boleh melanggan mana-mana pelan langganan sookaEntertainment, Sports & Entertainment dan sooka TV masing-masing pada harga RM15.90, RM34.90 dan RM62.90 sebulan.
Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan Live kegemaran anda dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih dan skrin besar, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan Samsung, LG, Sharp dan Android TV terpilih dengan versi 8 dan ke atas (untuk TV pintar). Semua pelan langganan sooka adalah tanpa kontrak serta tanpa komitmen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.