,
Laman Utama

Solat Sunat Aidilfitri: Pemakaian Pelitup Muka Amat Digalakkan

Gempak
19/04/2023
23:50 MYT
Pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau amat digalakkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, negara masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, justeru prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.
Katanya, Jakim atas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar telah mengadakan perbincangan bersama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Luqman Abdullah mengenai SOP pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau.
“Memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa maka Jakim ingin menasihatkan kepada semua umat Islam agar mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri sekiranya mereka berada di mana-mana tempat perkumpulan ramai dan sesak termasuk di masjid serta surau,” kata Hakimah.
Semalam, Mohd Na'im dilaporkan berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Hakimah dan Luqman bagi melihat keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh jemaah ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Mohd Na'im berkata, demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan atau menggalakkan pemakaian pelitup muka ketika solat Aidilfitri sebagaimana dilakukan Perli.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilaporkan bertitah jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.
Sumber - Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Viral

Apa Hukumnya Pergi Tengok Konsert Tapi Berhenti Solat Sekejap Waktu Maghrib?

gempak
15/07/2024
22:00 MYT
Umum mengetahui penganjuran konsert selalunya berlangsung pada waktu malam. Kebanyakan konsert bermula sekitar 9 malam dan berakhir sebelum jam menunjukkan ke angka 12 pagi.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Kerana Rapatkan Saf, Remaja Dicekik Dalam Masjid, Anas Tahir Cerita Kejadian Sebenar!

gempak
08/05/2024
14:55 MYT
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di