HIBURAN
Sofyank & Shaffuan Mendonia, Kali Ini Cipta Sejarah Bersama Tom Cruise - “Dia Sangat Baik & Peramah, Buat Kami Rasa Selesa”
Personaliti media sosial, Sofyank sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila berpeluang menjalinkan kerjasama bersama pelakon aksi Hollywood terkenal, Tom Cruise.
Tom Cruise peramah
Bagaimanapun, Sofyank tidak berseorangan dan turut membawa rakannya iaitu Shaffuan untuk kerjasama kali ini.Mengulas mengenai pengalamannya bertemu Tom, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 28, pada mulanya berasa gementar untuk melakukan penggambaran namun disebabkan sikap Tom yang peramah dan tidak sombong membuatkan mereka berasa selesa.
“Alhamdulillah kami sudah selesai melakukan penggambaran dengan Tom Cruise tadi dan segalanya berjalan dengan sangat lancar.
“Tom merupakan seorang yang sangat baik dan peramah, sikapnya itu membuatkan kami tidak kekok dan berasa selesa,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Jepun lokasi yang cantik
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai lokasi penggambaran pula, Sofyank berkata Tokyo, Jepun merupakan lokasi yang sangat cantik sehingga membuatkan mereka terpegun.“Kami buka sahaja kamera, memang cantik sangat suasana dekat sini,” ulasnya.“Perasaan ketika berada di Jepun, mula-mula memang sangat gembira sebab kita dapat tengok budaya dan benda yang baharu.
ARTIKEL BERKAITAN:Sofyank Bakal Kolaborasi Lagi Bersama Artis Hollywood? Netizen Teka; - Macam Tom Cruise!
ARTIKEL BERKAITAN:Pertama Kali Bekerjasama, Zul Ariffin Kagum Dengan Bakat & Potensi Sofyank - “Industri Kita Perlu Lebih Ramai Orang Seperti Ini”
ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank Rancang Mahu Buka Syarikat Produksi Sendiri
ARTIKEL BERKAITAN:Sofyank Dah Jadi Bapa, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur - “Jangan CGI Kan Lagi Anak Tu Ya”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kolaborasi Khas Bersama Zach King Hadiah Buat Peminat, Impian Terbesar Sofyank Akhirnya Tercapai - “Tiada Kata Yang Mampu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia Di Amerika Syarikat, PM Kagum & Ucap Tahniah Pada Sofyank!
Dalam perkembangan lain, Sofyank juga memaklumkan mereka kini dalam proses menyiapkan suntingan dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya kepada rakyat Malaysia.“Sekarang kami tengah fokus nak siapkan video supaya boleh ‘post’ cepat cepat untuk orang ramai-ramai tengok,” ujarnya.
Terdahulu, kerjasama Sofyank dan Tom itu dipercayai ada kena mengena dengan promosi filem terbaharu lakonannya iaitu Mission Impossible: The Final Reckoning yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 17 Mei ini.
Selain Tom Cruise, Sofyank juga pernah berkerjasama dengan artis terkenal Hollywood lain seperti Paul Rudd, Will Smith dan Jonathan Majors.
Must-Watch Video