,
Hiburan

Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”

Asyikin Mayudin
17/04/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Sofia Jane memaklumkan dia sangat seronok dapat menjayakan nakshah yang diarahkan oleh sahabat lamanya, Megat Shahrizal berjudul Mencari Ramlee.
Memegang watak sebagai Zaiton, Sofia memberitahu penonton akan nampak perbezaan dan persamaan empat karekter dalam filem itu berkait rapat dengan karya legenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
“Saya menjayakan watak Zaiton dalam filem Mencari Ramlee dan dalam filem ini kita dapat lihat empat watak utama bertemu iaitu watak yang dipegang oleh Mimi Lana, Tony Eusoff, Megat Shahrizal dan saya.
“Apabila mereka bertemu, mereka akan dapat lihat perbezaan dan persamaan empat watak ini yang mana berkait rapat dengan karya-karya P Ramlee. Apabila watak saya dan Tony bertemu kita juga akan tengok cuitan cinta.
“Kalau kita cakap pasal cinta dalam filem selalunya dibawakan oleh orang muda tapi dalam ini kita dapat lihat bagaimana orang yang matang pula bercinta,” katanya kepada Gempak.

Menyukai Watak Selepas Baca Skrip

Selain seronok bekerja dengan rakannya, Sofia turut berkata dia menyukai watak tersebut sebaik sahaja membaca skrip.
“Megat tulis filem ini sudah lama, dan ini adalah filem sulungnya dan bila saya dapat skrip, saya akui saya suka kerana perwatakan yang dibawakan.
“Saya cakap ya juga kerana Megat adalah seorang kawan baik dan saya suka dapat bekerja dengan bukan hanya dengan teman tapi mereka yang suka melakukan perbezaan,” katanya.
Mencari Ramlee sudah pun siap dirakamkan, dan kini dalam proses pasca produksi. Ia direncanakan akan ditayangkan di pawagam tempatan pada penghujung tahun ini.

BERITA TRENDING: Netizen Gelar Sofia Jane ‘Vampire’, Ini Respon Tuan Badan! - "Saya Rasa Ia Datang Dari ..."

BERITA TRENDING: #PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.