gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
HIBURAN
Ria Ricis Beri Anak Perempuan Makan Otak Lembu - "Ia Bagus Untuk Anak-Anak"
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Slam Tampil Bersama Orkestra Selepas Tiga Dekad, Janjikan Kelainan Kepada Peminat -  “Gerun Dengar Arrangement Lagu”

gempak
Khairil Khusyairi
09/02/2025
14:50 MYT
Sponsor Banner
Slam Tampil Bersama Orkestra Selepas Tiga Dekad, Janjikan Kelainan Kepada Peminat -  “Gerun Dengar Arrangement Lagu”
Kumpulan popular Slam teruja apabila dapat bekerjasama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menerusi konsert Slam Bersama MPO pada 22 Februari ini, jam 8 malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.

Teruja Bersama MPO

Menurut Shah yang juga pemain gitar, ini adalah kemunculan kedua mereka di pentas DFP selepas kejayaan konsert solo pada Mei tahun lalu.
"Kami teruja dapat bekerjasama dengan MPO yang ditunjangi oleh konduktor muzik, Ahmad Muriz Che Rose berserta 65 pemuzik berkaliber yang lain.

"Peluang Slam menghiburkan peminat kami di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) ini dapat dirasakan sesuai dengan lagu-lagu balada kami cukup sinonim pada alunan 'strings'.

"Kali terakhir Slam buat persembahan dengan orkestra penuh pada 1996 menerusi Konsert Unplugged. Cuma, pemuzik orkestra ketika itu tidak ramai macam sekarang," katanya kepada Gempak.

Gerun Dengar Gubahan Lagu

Dalam pada itu, Zamani selaku vokalis mengakui gerun dengan gubahan baharu lagu-lagu Slam yang bakal ditampilkan bersama MPO pada malam itu.

“Seram juga bila dengar gubahan baharu lagu-lagu Slam sebab ia akan menjadi persembahan luar biasa, apatah lagi, diiringi MPO.

"Tapi, inilah cabaran membuatkan saya menambahkan usaha untuk pastikan dapat membawakan konsert ini dengan baik.
“Konsert ini akan jadi sangat lain daripada sebelum ini. Jujurnya, saya sendiri dapat rasakan kelainannya," katanya.
Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menyerlahkan versatiliti MPO dalam mempersembahkan muzik pop tempatan selain dari genre muzik klasikai Barat.
Antara lagu popular Slam dipilih ialah Mentari Muncul Lagi, Manisnya Rindu, Kembali Terjalin, Rindiani, Gerimis Mengundang dan Jika Kau Rasa Getarnya termasuk satu lagu istimewa, Salam Terakhir nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-Apa Tapi Tiba-Tiba Kena Soal Siasat” - Zamani

Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Slam
#MPO
#Orkestra
#gerun
#Gubahan
Must-Watch Video