,
Berita

Skuter Elektrik Dilarang Berada Di Atas Jalan Raya Di KL, Perlu Mohon Lesen

ZULHILMI JALIL
13/12/2020
06:30 MYT
Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang bermula 1 Januari depan.
Sekiranya ingkar, pengguna boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman-taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.
“Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan,” katanya seperti yang dilapor Bernama.
Katanya, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya di ibu negara.
“Setakat ini, polis telah mengenal pasti tiga kawasan aktif penggunaan skuter berkenaan di ibu negara, iaitu di sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.
“Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Januari depan,” katanya.
Katanya, penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika mahu menggunakan skuter berkenaan di atas jalan raya.
Zulkefly berkata, setelah dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000.00 atau penjara tiga bulan.
Penggunaan skuter elektrik mula diperkenalkan pada Mei lepas dan kini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia memudahkan pergerakan khususnya mereka yang berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam.
Kenderaan skuter elektrik tergolong di bawah takrifan Kenderaan Mikromobiliti.
Di bawah pindaan terbaharu APJ (Oktober 2020) Seksyen 2 (b) takrifan bagi kenderaan mikromobiliti bermaksud, ‘mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50km sejam.
Sumber: Bernama Foto kredit: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.
Berita

"Kuala Lumpur Masih Selamat" - Dr Zaliha

gempak
28/08/2024
23:55 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.