,
Sukan

Skuad Badminton Jalani ‘Tuisyen’ Malam Menjelang Fasal Kritikal Ke Paris 2024

Gempak
20/06/2024
04:50 MYT
Skuad badminton negara bakal mengikuti kelas ‘tuisyen’ dengan menjalani latihan tambahan pada sebelah malam, pada ketika persediaan Sukan Olimpik Paris yang kini memasuki fasa kritikal.

Latihan Tambahan

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, latihan tambahan itu, akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan ia atas permintaan pemain seperti beregu lelaki Soh Wooi Yik.
Namun, beliau berkata, kekerapan latihan malam selain latihan sesi pagi dan petang itu, akan bergantung kepada keadaan dan kondisi pemain, kerana pihaknya tidak mahu mereka mengalami kecederaan atau sakit.

”Setakat ini, kita dah dapat dua atau tiga hari latihan tengah malam, tapi Jumaat ini belum dapat disahkan lagi kerana mungkin ada tempahan gelanggang dari pihak luar.

"Kita bagi keutamaan kepada pemain dalam RTG (program Road to Gold) untuk sebulan ini sehingga bertolak ke Perancis. Kita mungkin boleh ubah masa latihan, pemain lain juga harus faham,” katanya ketika ditemui di sesi latihan di ABM Bukit Kiara.
Skuad negara kemudian akan berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis bermula 10 Julai, menjalani kem latihan pra-Olimpik menjelang temasya terbesar dunia itu, yang bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Latihan pusat itu, untuk membiasakan diri dengan keadaan di sana (termasuk persekitaran dan perbezaan masa). Ia bagi memastikan pemain betul-betul bersedia dan fokus sepenuhnya, lokasinya juga di kawasan yang senyap,” tambahnya.
Pemain BAM yang bakal beraksi di Olimpik Paris dalam usaha memburu pingat emas pertama negara ialah juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Malaysia turut akan diwakili dua pemain professional, iaitu juara bekas All England Lee Zii Jia (perseorangan lelaki) dan bekas juara Kejohanan Remaja Dunia Goh Jin Wei (perseorangan wanita).
Sementara itu, Rexy berkata, Wooi Yik mahu tinggal di ABM sehingga bertolak ke Perancis pada 10 Julai, supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya dan mengelakkan gangguan.
"Satu keputusan yang cukup positif, dia sedar bahawa perlu masa untuk lebih fokus menjelang Olimpik. Mungkin berasa bahawa lebih tenang di sini berbanding di luar (rumah) dan jalani latihan tambahan,” katanya.
Sumber - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kedudukan Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga Selepas Siri Persembahan Cemerlang

ARTIKEL BERKAITAN: Paksa Anak Jalan Itik, Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”

ARTIKEL BERKAITAN: Lai Pei Jing Dedah Jadi Mangsa Scam - “Simpanan Titik Peluh Saya Hasil Kerja Keras Selama Berdekad-Dekad…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Sukan

Zii Jia Terima RM250,000, Aaron-Wooi Yik Dapat RM100,000 Seorang

gempak
22/08/2024
13:25 MYT
Durian runtuh buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bakal menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM200,000.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Lee Zii Jia Mahu Terus Berjuang Bawa Pulang Pingat Emas Untuk Malaysia - “Iltizam Saya Adalah Untuk Memastikan…”

gempak
14/08/2024
16:55 MYT
Pemain badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia tidak menyangka akan melalui perjalanan yang berliku selepas temasya Olimpik sulungnya di Tokyo pada 2020.
Hiburan

Rindu Yang Teramat, Jiggy Tak Sabar Nak Jumpa Dhabitah Sabri - “Saya Bawa Diri Untuk Dia, Lain Semua Standby Dekat Rumah”

gempak
13/08/2024
08:52 MYT
Rasa rindu yang meluap tidak dapat disembunyikan lagi oleh pelawak Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri apabila lebih seminggu tidak bersua bersama isteri kesayangannya itu.