gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Telefon Fattah Sudah Unlock, Tak Tekan Pun Password, Hanya Slide Skrin Sahaja” – Amira Othman
HIBURAN
"Saya Tahu Kalau Orang Miskin Nak Lawan Orang Kaya Endingnya Macam Mana" - Mamak Puteh Buat Laporan Polis Tuntut Bayaran Tertunggak Stesen TV
HIBURAN
Emma Maembong Nampak Makin Berseri Di Sisi DJ Kidd, Netizen Doakan Yang Baik-Baik - “Comel Pula Dorang Ni, Amboi Pandang Tak Lepas Tu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Siti Saleha Syukur Tidak Alami Alahan Hamil - “Walaupun Tak Mengidam Atau Mual Tapi…”

Mya Amri
Mya Amri
05/08/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Siti Saleha Syukur Tidak Alami Alahan Hamil - “Walaupun Tak Mengidam Atau Mual Tapi…”
Pelakon, Siti Saleha yang kini hamil empat bulan menyatakan rasa syukur apabila tidak berdepan alahan sepanjang hamil.

Tiada alahan cuma penat

Menurut Saleha, fasa trimester pertama kehamilannya berada dalam keadaan yang baik-baik cuma mengalami kepenatan seperti wanita hamil yang lain.

“Alhamdulillah trimester pertama memang tiada alahan apa-apa. Saya bersyukur juga kerana saya tengah ‘shooting’ sekarang ini dan gembira juga sebenarnya ‘shooting’ itu ditunda kepada sekarang. “Kalau ‘shooting’ ketika trimester pertama kehamilan saya, agak bergelut juga walaupun saya tiada alahan, mengidam atau mual. Tapi penat itu biasa sebagai wanita hamil.

“Pada trimester pertama saya hanya duduk rumah, kalau tiada apa-apa,” katanya.
Saleha berkata demikian ketika ditemui di sidang media dalam sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Berehat dari lakonan buat seketika

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Saleha memaklumkan dia memilih untuk berehat dari lakonan buat sementara waktu.
Katanya dia akan berehat selepas selesai menjayakan penggambaran drama bersiri Bad Cop arahan Jason Chong.

“Selepas selesai projek saya sekarang ini, saya takkan ‘shoot’ buat sementara waktu sebab memenatkan.

“Saya hanya mahu ‘chill’ sekejap sampai saya bersalin dan tengoklah bila badan kembali mantap dan ramping, saya akan ‘shoot’ balik. “Saya akan ambil masa sekejap tapi tidaklah dua atau tiga tahun,” ujarnya.
Terdahulu, Saleha berkongsi berita kehamilannya menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram.
Video itu dirakam ketika dia dan suaminya, Joshua Fitton berada di Bali, Indonesia.
Saleha dan Joshua diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Hamil
#Siti Saleha
#Mengidam
#Alahan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement