,
Laman Utama

Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia

Maliah Surip
25/10/2023
01:55 MYT
Jika ada yang berfikir penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza gentar kehilangan kerjasama atau lebih 9 juta pengikut di media sosial kerana menyokong Palestin, sangkaan tersebut silap.
Hal ini kerana seperti pendiriannya sebelum ini, Siti malah dengan bangga dan berbesar hati membuat persembahan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
Biduan kesayangan itu yang menyertai himpunan tersebut sebagai pengasas NGO iaitu Yayasan Nurjiwa mendendangkan lagu Oda Bumi Anbia yang diambil daripada album E.M.A.S.
Siti hadir memakai serba putih sama seperti lebih 20 ribu rakyat Malaysia yang menunjukkan solidariti terhadap nasib malang yang menimpa Palestin sejak Israel menyerang pada 7 Oktober lalu.
“Sebagai pengasas NGO iaitu Yayasan Nurjiwa, saya terpanggil bersama-sama barisan NGO yang lain serta rakyat Malaysia untuk menyatakan pendirian kita terhadap saudara kita di sana.
“Allah lindungilah semua di sana,” tulisnya pada kapsyen di Instagram.
Disertai oleh rakyat berbilang bangsa, Himpunan Malaysia Bersama Palestin juga bergema dengan laungan ‘Hidup Gaza’ dan ‘Free, Free Palestine'.
Terdahulu Siti menerusi Yayasan Nurjiwa turut mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.
Sehingga kini, dianggarkan 4,651 penduduk di Semenanjung Gaza terkorban, manakala lebih 13,000 cedera susulan serangan Israel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

BDS Malaysia Seru Rakyat Hadir Himpunan Palestin Merdeka Ahad Ini

gempak
03/08/2024
11:55 MYT
Orang ramai diminta hadir ke Himpunan Palestin Merdeka pada 4 Ogos ini di Axiata Arena Bukit Jalil