gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Langkah Que Terhenti! Rizal Rashid Juara Minggu Keempat
VIRAL
Isteri Ketua Kampung Sebar Gambar Mesra Suami Dengan Pempengaruh
GAYA HIDUP
Financial Faiz: Simpanan 20 Peratus Termasuk Untuk Anak, Tapi…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Siti Nurhaliza Ramal 4 Nama Penyanyi Ini Ungguli AJL38 Malam Esok

gempak
Izwan Isa
02/03/2024
09:19 MYT
Sponsor Banner
Siti Nurhaliza Ramal 4 Nama Penyanyi Ini Ungguli AJL38 Malam Esok
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan beberapa nama yang bakal mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-38 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok.
Sungguhpun begitu, Siti yang cukup sinonim dengan anugerah berkenaan berkata, dia perlu menonton persembahan peserta terlebih dahulu memandangkan setiap lagu selalunya telah dipilih terlebih dahulu oleh juri-juri terlibat.
“Saya pernah jadi juri dulu, biasanya lagu telah dipilih awal. Cuma ketika live, juri akan beri markah mengikut persembahan. Tapi wallahualam, kadang-kadang penjurian ni berbeza. Kalau juri berbeza, mungkin cara penjuriannya juga berbeza.
“Dari segi yang ada potensi, pilihan saya Aisyah Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri. Tapi Kugiran Masdo akan buat kejutan. Sebab Kugiran Masdo tu.. dia macam sesuatu juga,” ujar Siti ringkas.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Infaq Ramadan Yayasan Nurjiwa pada Sabtu.
Untuk rekod, Siti menjuarai AJL buat pertama kali pada 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan, seterusnya mengulang kejayaan sama menerusi lagu Cindai dan Balqis masing-masing pada penganjuran AJL tahun 1998 dan 2000.

BERITA TRENDING: Musnah Harapan Peminat Nak Tengok Jamal Abdillah Beraksi di AJL38 - “Betul, Saya Tarik Diri Sebab…”

Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#AJL38
Must-Watch Video