,
Laman Utama

Siti Nurhaliza Mahu Bangunkan Galeri Sendiri

Izwan Isa
29/09/2023
07:53 MYT

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merancang untuk mengelolakan galeri miliknya sendiri bagi mengabadikan ‘momento’ pencapaian dan hal-hal penting yang berkaitan dengan kerjaya seni sepanjang bergelar penyanyi.

Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun, masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.
“Jujurnya, impian saya adalah untuk ada galeri sendiri dan idea ini sudah lama tercetus. Saya dah lama suarakan idea ini kepada Rozi, namun, masih belum ada perbincangan serius berlaku antara pihak pengurusan.
“Tambahan pula, lokasi bagi galeri yang saya impikan ini juga masih belum ditetapkan. Berkemungkinan ia akan dibangunkan di kampung saya iaitu di Kuala Lipis, Pahang atau di Kuala Lumpur sahaja,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Romansa Kita itu menambah, dengan adanya galeri tersebut, peminat dan orang ramai dapat mengenali dirinya dan melihat perjalanan kerjaya nyanyian dengan lebih dekat.
“Selain mengenali saya secara peribadi, mungkin dengan adanya galeri itu orang luar dapat melihat karier saya lebih dekat.
“Hal ini kerana, apa yang bakal dipamerkan di galeri berkenaan termasuklah fakta dan koleksi-koleksi barangan yang ada kaitan dengan kerjaya. Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Siti menjelaskan yang dia ingin membangunkan galeri tersebut tanpa bergantung terhadap mana-mana pihak.
“Saya mahu bangunkan galeri tersebut sendiri, atas inisiatif sendiri. Jadi, ia akan menjadi perkara yang paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.
BACA: Proses Rakaman, Klip Video, Sampul Album… Ini 8 Fakta Yang Peminat Perlu Tahu Tentang SITISM​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.