,
Laman Utama

Siti Nurhaliza, Khairul Aming, Soloz Antara Calon Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2022

Izwan Isa
15/12/2022
07:35 MYT

Tanda tanya peminat dan penonton akhirnya terjawab apabila jenama hiburan digital nombor satu Malaysia, Gempak mengumumkan senarai top 5 sembilan kategori bagi acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022).

Menampilkan barisan artis popular dan pempengaruh ternama, GMWA 2022 mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai digital content creatorl yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.
Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah berkata, sebagai jenama nombor satu hiburan digital di Malaysia, pihak Astro berharap penganjuran GMWA 2022 dapat memberi lebih penghargaan, motivasi dan galakan kepada barisan content creator di luar sana, sama ada yang baru mahupun yang berpengalaman.
“Sempena ulang tahun ke-10 Astro Gempak, kami merasakan inilah waktu yang paling tepat untuk meraikan bakat-bakat dan personaliti yang lahir dari dunia digital menerusi Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2022.
“Astro Gempak melihat generasi content creator hari ini mempunyai kuasa yang sangat besar dalam mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat. Justeru, pemilihan calon-calon untuk anugerah ini melalui proses tapisan yang ketat dan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak professional selain pencalonan dari pihak awam,” katanya.
Syazwan menamba: “Sebagai penerbit dan penyiar, kami mahu memastikan barisan calon dan pemenang nanti bukan sekadar menghiburkan dan ‘trending’ di pelbagai platform media sosial, tetapi yang paling utama adalah kandungan yang dihasilkan itu membawa nilai-nilai positif dan memberi manfaat.
“Besar harapan kami agar GMWA 2022 menjadi medan perintis untuk ‘content creator’ terus berdaya saing dalam menghasilkan kandungan berkualiti,” katanya lagi.
Untuk makluman, pencalonan anugerah ini diambil kira untuk kandungan di antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022 sahaja. Fasa undian kedua (Top 5) telah pun dilakukan oleh pihak Juri Profesional pada 29 November lalu dan undian bagi pemenang utama bagi setiap kategori akan dibuka pada 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.
GMWA 2022 juga akan mempersembahkan anugerah utamanya iaitu ‘Gempak Most Wanted 2022’ berdasarkan jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori.
Selain itu, acara berprestij GMWA 2022 juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi, meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton.
Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee serta akan ditemani dua lagi hos popular sebagai kejutan.
Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.
Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi ‘Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!’, Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.
Menampilkan konsep vibrant, trendy & bold, acara berprestij GMWA 2022 bakal menemui para penonton pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak. Yang penting, trending!

Senarai lengkap Top 5 GMWA 2022

Video Trending Tergempak 2022 Abe Bomba Swipe - Meerqeen Anak Neelofa Bilal Adik Curi Frame Awani Mark Odea & Arieff Yong

Digital Content Creator Tergempak 2022 Khairul Aming Ryan Bakery Mek Yun Syahmi Sazli Namie SMY
Digital Influencer Tergempak 2022 Nelysa Norazlan Imran Bard Azfar Heri Ceddy Ang Hafiz Mahamad
Drama Trending Tergempak 2022 One Cent Thief Melur Untuk Firdaus Dendam Seorang Isteri Suamiku Lelaki Pendosa Kau VS Aku
Video Muzik Tergempak 2022 Gatal - Janna Nick Casablanca - Naufal Azrin & Nuha Bahrin Bad - DOLLA Ku Ikhlaskan - Datuk Seri Vida Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow
Lagu Trending Tergempak 2022 Casablanca - Naufal & Nuha Bahrin Bad - DOLLA Sayunk I Love You - Chombi Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow Gatal - Janna Nick
Motivator Digital Tergempak 2022 Fathi Hussein Zack Kirana Ibrahim Dr Malar Santhi Slurpee Crank Hazeman Huzir
Personaliti Gamer Tergempak 2022 Soloz Jaa Suzuran Daddy Hood Yana Samsudin Kambing Golek
Selebriti Digital Tergempak 2022 Ain Edruce Zarul Umbrella Datuk Seri Siti Nurhaliza Sharnaaz Ahmad TV The Tya’s Family

Fasa Pemilihan Calon-Calon Gempak Most Wanted Awards 2022:

Fasa 1: Penghantaran nama calon-calon bagi Gempak Most Wanted Awards 2022 yang dilakukan oleh orang awam telah bermula pada 12 Oktober hingga 12 November 2022.

Fasa 2: Kelayakan penyertaan mestilah kandungan-kandungan yang dimuat naik ke platform digital antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022. Kandungan atau individu yang dicalonkan mestilah dalam kalangan warganegara atau menetap di Malaysia.
Fasa 3: Menerusi pencalonan yang diterima, tapisan pencalonan top 5 pula dilakukan oleh barisan juri pada 29 November 2022.
Fasa 4: Senarai top 5 yang dipilih oleh pihak juri itu kemudian diumumkan pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung baru-baru ini.
Undian untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori juga telah dibuka dan peminat yang ingin mengundi boleh berbuat demikian menerusi pautan ini.
Proses undian dibuka bermula 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023
Fasa 4: Pemenang bagi setiap kategori akan dimumkan pada acara kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022 pada 26 Februari 2023 yang bakal diadakan di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, dan dipancarkan secara eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Diva AA Kata Fesyen Kelly Azman GMWA2022 'Nazak Dicekik Langsuir' - "Memang Konsep Saya Kelambu"

gempak
03/03/2023
06:55 MYT
Antara yang 'Terpaling Trending'!
Laman Utama

#GMWA2022: “Teruja Sebab Tak Pernah Buat” - Athisha Khan Terkejut Ditawar Jadi Penyampai, Suka Cuba Benda Baharu

gempak
01/03/2023
03:50 MYT
Love Athisha.
Laman Utama

Dolla Tak Anggap The Gadys & The Sara Sisters Sebagai Saingan; “Kami Yakin Ada Perbezaan…”

gempak
27/02/2023
07:00 MYT
Dolla alukan bakat baru
Laman Utama

Sofyank Bangga Marvel Studio Lamar Untuk Kolaborasi; “Ini Adalah Hadiah Hasil Penat Lelah…”

gempak
27/02/2023
06:00 MYT
Tahniah!
Laman Utama

#GMWA2022 : Kalahkan Menantu, Selebriti Digital Tergempak Milik Siti Nurhaliza

gempak
26/02/2023
14:51 MYT
Alhamdulillah, rezeki Datuk Siti.