,
Hiburan

Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Maya Interaktif 360 Darjah!

Kamaruddin Razal
11/08/2020
11:34 MYT
Sejak 3 Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali rancak apabila figura muzik tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan album terbaharunya ‘ManifestaSITI2020’.
Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membantut aktiviti seni, kemunculan album Siti datang tepat pada waktunya bagi merancakkan kembali dunia seni.
Album yang mendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital, malah album fizikalnya juga laris dijual.
Sempena pelancaran album ini, penyanyi lagenda negara ini menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool, pada 21 Julai 2020 yang lalu.
Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini.
Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talian berskala besar.
“Konsert ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020 dan ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif.
“Peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi dengan saya.
“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata Siti.
Bagi peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool ini secara langsung pada tempoh hari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool yang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 Ogos 2020 bermula daripada jam 7 pagi hingga 9 pagi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.