,
Laman Utama

Siti Nurhaliza Hargai & Tidak Mahu Nafikan Hak Pekerja: “KWSP Adalah…”

Maliah Surip
16/11/2023
06:45 MYT
Memulakan karier sebagai penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini disegani juga sebagai usahawan berjaya menerusi perniagaan yang diusahakan.

BERITA TRENDING: Pengurusan Lama Jadi Punca! Mahu Selesaikan Cepat, Shuib Dah Jumpa KWSP Lunas Bayaran...

Selain memiliki syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) yang berkaitan dengan urusan karier seni, Siti, 44, juga punya beberapa aset perniagaan lain termasuk SimplySiti (kosmetik), Creacion (fesyen), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).
Memiliki ratusan pekerja yang bekerja di bawahnya secara langsung atau tidak, Siti mengaku sebagai majikan beliau sangat mementingkan hak pekerja selain mempunyai sikap menghargai para pekerja yang bersusah payah membantu menaikkan perniagaan yang ada.
“Sebagai majikan kita kena hargai pekerja dan hak seorang pekerja itu penting kerana itu semua titik peluh (membantu syarikat) mereka,” ujar Siti kepada media.
Siti bercakap mengenai isu pekerja sewaktu diminta mengulas tentang insiden perniagaan seorang selebriti yang berdepan isu pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini.
Sangat berhati-hati, penyanyi nombor satu negara itu juga mengaku tidak bijak dan arif dalam hal berkaitan perniagaan, apa lagi jika ingin memberi buah fikiran tentang sistem bisnes orang lain.
Namun kata Siti, beliau percaya setiap syarikat perlu mengikut prosuder atau garis panduan yang ditetapkan dalam setiap operasi yang dijalankan.
“Saya tidak pandai dan tidak mahu memandai bercakap. Tapi saya percaya kita kena ikut cara syarikat berfungsi, beroperasi.
“Mungkin ada yang terlepas pandang atau mempercayakan pihak lain yang buat kerja.
“Sebab bila jadi bos tidak semua kita kena urus. Sebab itu kita ada staf seperti bahagian HR misalnya. Semoga ini jadi pengajaran,” katanya.
Namun kata Siti, sebagai majikan jangan pernah menafikan hak pekerja seperti pembayaran KWSP.
“Itulah masa depan semua pekerja. KWSP yang dinantikan pada hari tua,” tutupnya.

PILIHAN PEMBACA: “Berderai Air Mata Jantan Saya” - Cadang Keluar KWSP Buat Pembedahan Jantung Anak, Tapi Siti...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar