,
Hiburan

Siti Nurhaliza Bakal Warnai Hausboom Music Festival 2024

Umirah Halim
14/08/2024
16:01 MYT

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara 32 artis popular yang akan menghangatkan Hausboom Music Festival 2024 yang bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober depan.

Siti mengakui berasa teruja untuk memeriahkan festival muzik ini dengan permintaan dari penganjur yang mahukan dirinya mempersembahkan lagu tradisional.

“Dengan mereka sebenarnya saya sudah bekerjasama sebanyak dua kali, sebab anak-anak muda ini saya kenal sebelum ini dan saya pernah menjayakan acara Bulan Bintang. Jadi ini kali kedua dengan mereka tapi kali ini berbeza sebab ini festival muzik.

“Menjadi artis jemputan di acara sebegini tak perlukan komitmen terlalu banyak, ia bukan macam konsert solo dan dalam masa sama jadual saya ketika itu juga mengizikankan saya bersama Hausboom.

“Itu sebab saya terima memandangkan permintaan mereka mahukan saya tampil dengan persembahan lagu tradisional,” katanya ketika ditemui di sidang media Hausboom Music Festival 2024 di Khan’s Indian Cuisine.

Satu-satunya artis wanita solo

Menjadi satu-satunya artis wanita solo yang membuat persembahan di festival yang menggabungkan acara muzik, makanan dan fesyen itu, Siti memaklumkan dia mewakili penyanyi wanita yang lain.

“Alhamdulillah sebenarnya bagi saya ini bukan bermakna saya seorang saja di sini tapi saya mewakili semua.

“Sebenarnya ramai artis lain yang dapat pemintaan tinggi dari peminat Hausboom tapi mungkin saya ada kelebihan dari segi muzik tradisional, itu yang mereka pilih saya bagi menambah kepelbagaian untuk festival muzik kali ini.

“Di festival ini nanti pun semuanya kawan-kawan saya dan kebanyakannya saya kenal seperti pelawak Senario, Datuk Zainal Abidin, Abang Ajai, Datuk Awie dan sebagainya.

“Ramai juga kawan yang sudah lama tak jumpa dan bila dapat tawaran macam ini saya gembira. Ini satu festival muzik yang sudah lama tak kumpul artis seramau ini. Satu yang patut saya puji adalah usaha anak muda ini dengan menggabungkan semua di satu pentas yang sama,” katanya.

BERITA TRENDING: Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024
BERITA TRENDING: Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya
BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”
BERITA TRENDING: Memang Legend, Konsert HAUSBOOM Music 2023 Kumpul 35 Penghibur; Dari Ella, Joe Flizzow, SOG, Spider, Dolla Sampai Baby Shima

Apabila disoal mengenai persiapan bagi festival ini, Siti berkata dia akan menjayakan persembahan pada 5 Oktober dalam tempoh masa 45 minit.

Bagaimanapun, Siti memaklumkan dia belum memulakan persediaan terperinci buat masa ini.

“Saya tak boleh nak cerita sekarang mengenai lagu sebab baru habis konsert di Genting Highlands dan kalau ikut macam apa yang Hausboom mahukan, mereka nak saya nyanyikan lagu tradisional, jadi mungkin kita akan pelbagaikan genre menerusi persembahan saya nanti,” katanya.

Sekadar info, Hausboom yang mula ditubuhkan sejak 2016 dengan penganjuran gig secara kecil-kecilan pada 2017 ini bakal menggegarkan dunia muzik tempatan dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar iaitu Hausboom Music Festival 2024.

Bakal berlangsung di KL Base pada 5 dan 6 Oktober ini, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai John Lemon, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom menyifatkan sudah tiba masanya dia melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian yang sewajarnya.

Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememagnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.

Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin, Masdo, Iqbal M, Joe Flizzow, Luqman Podolski, No Good, Orkes A Hizadin, Akim & The Majistret, Amir Masdi, Exist, АСАВ, Ruffedge, Skudap Skudip, Armpunk Syndicate, Jemson, Airliftz, Yaph, Bunkface dan Senario.

Dikuti oleh kumpulan popular dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Unitar