,
Gaya Hidup

Siti Elizad Kelam Kabut, Pening Kepala Dapat Tiga Bahan Untuk Dimasak

Ahmad Shah
31/05/2016
07:46 MYT
Juara Gempak Superstars, Siti Elizad kelam kabut dan pening kepala apabila diberikan tiga bahan sahaja untuk memasak serta menyediakan hidangan utama dalam masa 30 minit.
Menerusi program Masaklah Kau minggu ini, Elizad telah diberikan isi kupang, daun sup dan fetuccini yang perlu di masak dan dihidangkan kepada tetamu misteri.
Dek kerana masa yang agak singkat, Elizad buntu dan mengambil keputusan untuk mencari resepi di enjin pencarian Google dan akhirnya menemui hidangan sesuai dimasak menggunakan tiga bahan diberikan kepadanya iaitu, Aglio Olio.
Ketika sedang kelam-kabut memasak, Elizad telah tersilap meletakkan bahan asas ke dalam masakannya.
Apa tindakan Elizad seterusnya selepas melakukan kesilapan yang merosakkan masakannya?
Mampukah Elizad memasak semula hidangannya dalam masa 10 minit untuk memberi tetamu misteri menikmati masakannya yang sempurna?
Siapakah tetamu misteri yang bakal ditemui Elizad? Jangan lupa saksikan Masaklah Kau di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (132) jam 9.30 malam ini (Selasa) yang dihoskan oleh Faizal Ismail.
Sebelum itu, dapatkan pelbagai resepi masakan dan hidangan di Aplikasi Suudu dengan memuat turun di App Store atau Google Play.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura

gempak
13/08/2019
08:34 MYT
Suudu

Resepi ‘Ikan Maharaja Masak Merah Dengan Sos Masam Manis’ Yang Menjadikan Anak Malaysia Ini Juara Masterchef Australia 9

gempak
13/09/2017
13:47 MYT
Viral

Giliran Nasi Lemak Hello Kitty Pula Tular

gempak
14/07/2017
03:36 MYT
Suudu

Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?

gempak
19/06/2017
06:37 MYT
Viral

Tak Tahu Nak Makan Apa Berbuka Nanti? Nah...Fatimah Ajar Buat Akok

gempak
14/06/2017
10:17 MYT